Berita Harian

Elak luah rasa di laman sosial

Pendedahan boleh tambah buruk hubungan yang sedia bermasalah

-

Dalam era kemajuan digital dan internet masa kini, apa saja maklumat dan cerita cepat tersebar, malah kadang kala membuatkan kehidupan seharian kita juga bukan lagi suatu rahsia.

Keghairaha­n berkongsi rutin harian di media sosial kadang kala membuatkan masyarakat semakin alpa sehingga secara tidak disedari atau dengan sengaja turut mendedahka­n hal peribadi yang sepatutnya hanya untuk dikongsi bersama pasangan masing-masing.

Pensyarah Kanan,

Fakulti Syariah & Undangunda­ng, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, berkata masyarakat hari ini dilihat semakin cenderung menjadikan media sosial sebagai tempat meluahkan perasaan atau rasa tidak puas hati terhadap pasangan sehingga memburukka­n hubungan yang sedia bermasalah.

Bukan untuk dikongsi umum

“Amat sedih untuk melihat segelintir pihak yang gemar menceritak­an hal ehwal rumah tangga masing-masing kepada masyarakat umum menerusi halaman media sosial sehingga menjadi viral.

Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana isu yang berkaitan dengan hal ehwal rumah tangga bukan untuk dikongsi atau diceritaka­n kepada umum,” katanya kepada Aura.

Muzaffar Syah berkata, isu membabitka­n hubungan suami isteri, anak beranak atau sesama ahli keluarga seharusnya menjadi rahsia peribadi setiap individu.

Ini termasukla­h kisah cerai, pengabaian nafkah oleh suami atau perebutan hak penjagaan anak bagi pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga.

“Pendedahan kisah seperti ini dalam laman sosial tidak akan menyelesai­kan pertikaian yang dihadapi, sebaliknya boleh menambahka­n lagi masalah dan mengeruhka­n lagi keadaan yang sudah sedia buruk.

“Jalan perdamaian tidak akan tercapai menerusi cara ini, sebaliknya akan mencetuska­n kemarahan dan menimbulka­n perasaan malu bukan saja kepada pasangan terbabit tetapi juga anak mereka jika ia membabitka­n soal perebutan hak penjagaan.

“Orang ramai dan pengguna internet pula bukan semuanya arif dan faham untuk membantu menyelesai­kan pertikaian yang dihadapi sebaliknya boleh membawa kepada pelbagai masalah tidak diingini seperti salah faham, gosip, umpatan, tohmahan dan pergaduhan,” katanya.

Pilih saluran tepat

Sehubungan itu, Muzaffar Syah menasihati pasangan bermasalah, menggunaka­n kemudahan dan saluran yang betul jika masih ingin meluahkan perkara berkaitan hal ehwal perkahwina­n dan rumah tangga mereka.

“Negara kita memiliki pelbagai kemudahan seperti khidmat kaunseling, jabatan agama Islam dan khidmat pakar runding bertauliah yang boleh memberi jaminan rahsia mereka tersimpan rapi.

“Tidak dinafikan masyarakat kita suka mendengar cerita peribadi orang lain sebagai mengambil pengajaran atau iktibar, tetapi ada juga yang sekadar suka mengetahui rahsia rumah tangga orang lain,” katanya.

Beliau berkata, apa juga niat individu dalam meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pasangan hal berkaitan rumah tangga sebaik mungkin perlu dirahsiaka­n bagi menjamin hubungan keluarga yang lebih harmoni.

Paling penting katanya, memberi contoh teladan baik kepada generasi muda khususnya anak mereka supaya membesar menjadi manusia dengan sifat berkeperib­adian tinggi.

Pendedahan kisah seperti ini di laman sosial tidak akan menyelesai­kan pertikaian yang dihadapi, sebaliknya boleh mengeruhka­n lagi keadaan yang sudah sedia buruk” Dr Muzaffar

Syah Mallow, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-undang USIM

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia