Berita Harian

Perlu sensitif dan berhati-hati

-

Sharnaaz Ahmad, beberapa selebriti lelaki lain turut memilih konsep seragam ala tentera dalam majlis perkahwina­n mereka.

Antaranya ialah pelakon Shaheizy Sam yang melangsung­kan perkahwina­n dengan aktres, Syatilla Melvin, pada Februari tahun lalu.

Beliau memilih seragam putih pakaian istiadat tentera dalam majlis resepsinya yang diadakan di hotel terkemuka di ibu kota.

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, memilih sut biru potongan ketika majlis resepsi perkahwina­nnya dengan Dayang Nabellah Awang Astillah, tahun lalu.

Bagi memenuhi tema perkahwina­n ala kisah dongeng Cinderella, pelakon, Amar Baharin juga mengenakan sut putih yang memperliha­tkan beliau dan isteri, pelakon Amyra Rosli umpama pasangan bangsawan diraja yang diraikan.

Usah langgar protokol

Begitu juga dengan anak tiri penyanyi tersohor,

Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid yang mengahwini

Tya Ariffin juga memilih sut yang sekali imbas menyamai pakaian istiadat pasukan keselamata­n ketika resepsinya di ibu negara tahun lalu.

Biarpun trend konsep ala tentera dilihat semakin menjadi pilihan ramai, perlu diingat pemakaian kostum sebegini dalam kalangan orang awam adalah terikat dengan peraturan dan undang-undang yang termaktub dalam badan beruniform terbabit.

Malah dalam kalangan pasukan keselamata­n itu sendiri juga mempunyai protokol khusus yang perlu dipatuhi ketika mengenakan seragam bagi disesuaika­n mengikut adat dan istiadat tertentu, selain pangkat pegawai yang memakainya.

Elakkan penggunaan sebarang lambang atau lencana serta pangkat yang menyamai milik pasukan keselamata­n kerana tindakan berkenaan bukan saja disifatkan mempermain­kan seragam rasmi, tetapi juga menyalahi peraturan.

 ??  ??
 ??  ?? Shaheizy Sam memilih rona putih ketika majlis perkahwina­nnya Februari tahun lalu.
Shaheizy Sam memilih rona putih ketika majlis perkahwina­nnya Februari tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia