Berita Harian

Char kuetiau sotong

-

Sebut saja char kuetiau pasti ramai yang akan kaitkan dengan Penang kerana hidangan ini dikatakan cukup sinonim dengan Pulau Mutiara.

Bagaimanap­un, anda kini tidak perlu bersusah payah untuk ke sana, semata-mata hanya mahu mendapatka­n char kuetiau terbaik.

Minggu ini, Aroma

Kulinari berkongsi keenakan hidangan istimewa Tudia Char Kuey Teow yang diusahakan dua sahabat karib iaitu Siti Azlina Nordin, 30, dan Suhaiza Mohd

Jani, 30, di Medan Makan Malam Hentian Bas Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Perniagaan mereka yang bermula sejak hampir lima tahun lalu mendapat sambutan luar biasa kerana menghidang­kan pelbagai pilihan kuetiau makanan laut daripada udang, sotong, ketam hingga udang galah.

Kekalkan cita rasa asli

Paling istimewa, Tudia Char Kuey Teow mengekalka­n rasa asli kuetiau Pulau Pinang kerana menggunaka­n resipi dari negeri itu.

Menariknya, ia diolah dengan menambahka­n rasa pedas untuk memenuhi cita rasa masyarakat Negeri Sembilan yang sukakan pedas.

Berkongsi rahsia kekal sedap masakan ini, Cef Hasliman Hasan, berkata setiap bahan mentah yang digunakan dalam menyediaka­n hidangan perlulah segar bagi menjamin mutu dan keenakanny­a.

Resipi char kuetiau sotong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia