Berita Harian

Makanan ala gerai

-

Flavours di Swiss Garden Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan antarabang­sa dan tempatan menerusi promosi KL Food Street yang bermula sejak Mac lalu.

Antara hidangan yang boleh dinikmati dalam bufet makan tengah hari bermula 12 hingga 3 petang setiap Khamis itu adalah char kuetiau, mi goreng mamak, mi rebus, mi kari, laksa nyonya, mi bebola ikan dan laksa Kedah.

Anda juga boleh merasai kenikmatan asam pedas, nasi ayam Hainan, murtabak, roti telur, kebab ayam dan ayam serta bubur taucu.

Lengkapkan hidangan anda dengan pelbagai pilihan pemanis mulut seperti bubur jagung, bubur cha cha, bubur durian, bubur nangka, kuih-muih Melayu, ais kacang serta cendol, selain pastri dan kek.

Menariknya, bufet ini hanya RM75 seorang dan hanya RM1 dikenakan jika anda membawa seorang rakan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia