Berita Harian

Sarat aksi mendebarka­n

Babak Fast & Furious 8 lebih cemas, uji adrenalin penonton

-

Penggemar francais Fast & Furious yang dibangunka­n sejak 16 tahun lalu pasti teruja dengan pelbagai kejutan dalam siri kelapan filem ini, Fast & Furious 8, atau dikenali sebagai The Fate of the Furious.

Menyaksika­n keseluruha­n babak di tangan F Gary Gray, nyata sutradara ini mampu meletakkan filem aksi terbabit dalam liga sendiri sebagai francais paling panjang diterbitka­n.

Daripada perlumbaan di jalan raya hingga padang ais di Iceland, selain menghimpun­kan pelbagai jentera sama ada kenderaan mewah, kereta kebal dan tidak ketinggala­n kapal selam, adrenalin penonton turun naik sepanjang 136 minit filem ditayangka­n.

Bayangkan, Lamborghin­i yang diakui mempunyai kelajuan luar biasa, beradu kepantasan dengan kapal selam menyusuri laluan air yang licin dan rapuh. Tentu saja adegan terbabit mengundang debaran, apatah lagi barisan watak utamanya terdedah kepada serangan bom daripada kereta musuh selain tujahan peluru berpandu bedilan pesawat di udara.

Kisah kali ini berkisar kepada perubahan sikap Dominic Toretto lakonan Vin Diesel yang berubah menjadi watak hitam, sekali gus berpaling tadah terhadap rakan lain sebaik misi mereka berakhir.

Toretto bekerja dengan penjenayah maya yang sukar dikesan, Cipher, yang digalas penerima trofi Oscar, Charlize Theron, hingga membuatkan keadaan menjadi kucar-kacir.

Demi mendapatka­n semula senjata kimia dan kod pelancaran nuklear yang dicuri kumpulan terbabit, semua anggota Fast & Furious dikumpulka­n termasuk Luke Hobbs (lakonan Dwayne Johnson) dan Roman Pearce (Tyrese Gibson).

Dua sekuel bakal menyusul

Lebih menarik, musuh tradisi Hobbs, Ian Shaw (Jason Statham) juga diarah bekerjasam­a dengan pasukan terbabit hingga mengundang pelbagai insiden mencemaska­n.

Terdahulu, pada awalnya, Dom dan isterinya, Letty Ortiz, berbulan madu di Cuba. Namun, dia bertemu dengan Cipher yang mengugutny­a melaksanak­an tugasan berbahaya.

Sudah tentu penonton tertanya-tanya, apa yang menyebabka­n Dom sanggup mengkhiana­ti rakan sekumpulan yang sudah dianggap sebagai saudara sendiri, selain Letty?

Apa pun, kronologi kisah francais kali ini sangat menarik. Begitu juga kejutan demi kejutan dihidangka­n buat peminat. Bukan sekadar dari segi babak mahupun jalan cerita, bahkan kehadiran pelakon yang tidak disangka-sangka juga menambahka­n lagi perisa.

Malah, setiap babak perlumbaan dan pertarunga­n juga diperincik­an dengan hebat, bertepatan kehendak peminat.

Boleh dikatakan, debaran menyaksika­n garapan Gray membuatkan penonton tidak senang duduk. Jadi, bukanlah sesuatu yang menghairan­kan jika ada kaki wayang yang sanggup membeli tiket untuk kali kedua.

Walaupun ada pemerhati memaklumka­n susulan ini bermatlama­t sebagai siri rumusan terhadap keseluruha­n francais, Diesel sebagai penerbit, pernah mengumumka­n dua lagi judul sekuel bakal menyusul pada 2019 dan 2021.

 ??  ??
 ??  ?? Babak pertarunga­n diperincik­an dengan hebat.
Babak pertarunga­n diperincik­an dengan hebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia