Berita Harian

Bukti diri masih ada di pentas seni

-

gaji. Pendek kata, semua saya nak buat sendiri kerana sudah terbiasa berdikari. Tapi selepas anak kedua membesar dan saya boleh biasakan tanggungja­wab sebagai ibu termasuk duit simpanan mula habis, saya mula keluar berjumpa orang ramai untuk membina rangkaian kerja selain hubungan awam menandakan saya masih dalam industri seni,” katanya.

Untuk bersaing dengan mereka yang lebih popular dan muda, Nana akui, dia meletakkan bendera putih sebagai isyarat mengalah. Namun, Nana dalam diam mengatur strategi termasuk dalam hal membabitka­n gaya serta cara bekerja.

Nana dalam hal ini menggunaka­n kelebihan, pengalaman dan kepakaran yang ada untuk meneruskan perjuangan seninya.

“Ini cara saya bersaing. Ketika saya berjumpa orang mahupun pada waktu kerja, saya tak kisah untuk bergaya sakan pada acara tertentu.

Tidak lagi menurut begitu saja

“Semua itu pun bukan atas paksi mahu mencuri tumpuan, tetapi sebagai ruang membuktika­n saya masih ada di pentas seni. Saya datang tepat pada masanya atau lebih awal. Saya tak kisah untuk ikut tema sesebuah acara yang ditetapkan.

“Tahap komitmen saya itu kena up. Saya tak boleh bersikap asal lebih kurang saja. Pada awal pembabitan dulu, saya menurut apa saja yang ditentukan dan disediakan. Tetapi seiring dengan pengalaman dan peningkata­n usia, saya memilih untuk sediakan sendiri pakaian dan solekan.

Dalam soal ini, saya tak kisah melaburkan duit sedikit untuk kepuasan diri.

“Dulu, mungkin diri ini hingusan dan hanya mendengar cakap orang. Takut juga orang tersinggun­g kalau kita menolak apa yang disediakan dalam soal gaya.

“Lama-kelamaan, saya tahu apa haluan sebenar diri dan yang sesuai, saya menolak dengan cara baik dan tanpa menyakitka­n hati sesiapa,” katanya yang akan muncul mengacara bersama Angah Raja Lawak mengendali­kan program Skuad Chenta di RTM. Penghargaa­n

Solekan dan dandanan rambut: Hayatt Marni (Instagram: @hayattmarn­i) → Busana: Seth & Luna (Instagram: @sethandlun­a_studio) → Lokasi: Grey Hound

Cafe Malaysia (Instagram: @ greyhoundc­afemalaysi­a)

Terima kasih @abel.n.abel

 ??  ??
 ??  ?? Nana bakal mengadakan persembaha­n bersama teman seperjuang­an AF1 bulan depan.
Nana bakal mengadakan persembaha­n bersama teman seperjuang­an AF1 bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia