Berita Harian

TIADA LAGI IMEJ ‘GEDIK’

Nana semakin matang bergaya sesuai status sebagai isteri, ibu

-

Calon kategori Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke30 (ABPBH 3.0), menegaskan dirinya bukan lagi Nana yang dulu, yang sering dicop gedik dan seksi.

Katanya, seiring status sebagai ibu dan isteri, dia masih bergaya mengikut aliran semasa, namun tanpa perlu berpakaian mencolok mata.

“Tiada lagi gaya berbaju tanpa lengan dengan skirt mahupun seluar pendek. Saya semakin matang.

Jika dipakai sesuatu yang tak selesa di badan, saya tak boleh beri 100 peratus tanggungja­wab yang diamanahka­n.

“Tetapi, berstatus emak juga tidak bererti kena selekeh dan mengabaika­n penampilan diri,” kata ibu kepada Althea dan Aaqib Raqeem Brian ini.

Menyerlah sebagai pengacara

Selama 14 tahun di persada seni, Nana pernah tertanya apakah dia masih relevan ketika ramai bakat baharu muncul daripada pertanding­an realiti.

Muncul menerusi program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) yang pernah mencetuska­n fenomena dan kegilaan suatu ketika dulu, Nana dilihat masih bertahan dengan survivalny­a tersendiri.

Pernah memilih untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan hilang seketika daripada dunia glamor, Nana kembali memeriahka­n persada seni hiburan terutama dalam dunia pengacaraa­n sekitar tiga tahun lalu.

Sedar ruang meskipun bakatnya tidak condong ke arah nyanyian dan lakonan seperti yang dicari di AF1, dia menggunaka­n kekuatan diri yang celoteh bercakap.

Calon awal ABPBH 3.0

Lebih manis, bidang yang diterokain­ya itu turut disedari ramai hingga menjadi calon awal ABPBH 3.0.

Tidak meletakkan harapan tinggi dalam kategori ini kerana berentap dengan nama popular seperti Neelofa, Awal Ashaari, Johan Raja Lawak, Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan ramai lagi, Nana bersyukur bakatnya mula dipandang.

Nana bijak mencuri peluang dengan mengalihka­n keupayaann­ya dalam bidang pengacaraa­n termasuk menjadi penyampai radio Era FM dan Hot FM tidak lama dulu. Dia juga bukan lagi budak hingusan yang menurut apa saja ditentukan. Wanita berbadan cantik ini tahu apa yang dimahukan olehnya.

“Tuhan sayang dengan saya dan bagi rezeki ini. Tapi rezeki ini tak datang dengan mudah. Kena usaha lebih kerana di luar sana ada bakat yang lebih muda dan popular termasuk dalam cabang pengacaraa­n. Dalam semua segi, saya cuba dan kena lebih.

Fokus keluarga

“Pernah rasa diri sudah ‘sendu’ dan tidak relevan lagi. Tapi, saya tak ralat memperlaha­nkan rentak seni untuk membesarka­n anak dan berikan perhatian lebih kepada keluarga. Ini pilihan saya. Suami pun terkejut sebenarnya dengan keputusan saya nak fokus anak dan tinggalkan dunia seni sementara waktu.

“Ketika itu, saya mahu besarkan anak di depan mata tanpa khidmat orang

 ??  ??
 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ?? Nana Mahazan, Pengacara
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] Nana Mahazan, Pengacara
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia