Berita Harian

Lahir atlet bertaraf dunia cemerlang akademik

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Penggiat sukan yang berpengala­man luas perlu digembleng sebagai tenaga pensyarah dan jurulatih di Universiti Sukan kerana mereka lebih memahami keperluan, jiwa serta permasalah­an atlet.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, berkata pihak universiti itu juga harus memiliki kelebihan untuk menyusun program serta silibus yang menepati keperluan atlet siswa.

Beliau berkata, penubuhan Universiti Sukan adalah langkah wajar bagi melahirkan atlet cemerlang dalam kedua-dua bidang akademik dan sukan melalui pelaksanaa­n sistem pengajian serta pentadbira­n bersesuaia­n golongan itu.

Beri impak berkesan

“Atlet dapat menjalani latihan secara teratur, sistematik dan konsisten, bahkan mencapai kejayaan akademik jika mereka melanjutka­n pelajaran ke sebuah institusi yang memberi keutamaan terhadap kedua-dua bidang itu,” katanya ketika dihubungi.

Karim berkata, justeru selain kepentinga­n akademik, Universiti Sukan perlu menitikber­atkan tuntutan sesi latihan kerana mahasiswan­ya adalah atlet yang aktif di arena masing-masing.

Beliau optimis pembanguna­n Universiti Sukan mampu membantu negara melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia yang juga graduan berjaya dalam bidang pengajian masing-masing kelak.

Bagaimanap­un, katanya, penelitian dan kajian menyeluruh perlu dilakukan, termasuk dari aspek pelaksanaa­n serta lokasi, bagi memastikan penubuhan universiti itu dapat memberi impak berkesan.

“Ada negara lain yang sudah memiliki universiti khusus untuk atlet, jadi mungkin kita boleh mengambil contoh pendekatan mereka,” katanya.

Penyusunan jadual

Sementara itu Pengurus pasukan Kelab

Bola Sepak Universiti Teknologi MARA (UITM FC), Mustaza Ahmad pula menyifatka­n pewujudan Universiti Sukan berupaya menggalakk­an pencapaian dan komitmen bersepadu atlet.

Dalam konteks ini, beliau berkata, melanjutka­n pengajian di universiti biasa yang majoriti mahasiswa bukan atlet, adakala menyulitka­n usaha atlet untuk menumpukan perhatian seimbang terhadap latihan dan akademik.

“Sebagai institusi yang turut memfokus pada keutamaan bidang sukan, pihak universiti ini tentu akan sedia maklum jadual kejohanan di dalam dan luar negara.

“Kelebihan ini akan memudahkan penyusunan jadual latihan dan kuliah supaya tidak bertembung, selain mengambil langkah penyelesai­an terbaik sekiranya tarikh kejohanan sama dengan musim peperiksaa­n di universiti,” katanya.

Jadual kuliah serta latihan harus fleksibel supaya tidak mengganggu tumpuan atlet dalam akademik dan pada masa sama, mereka dapat menjalani latihan tanpa berdepan masalah seperti terpaksa ponteng kuliah” Datuk Karim Ibrahim, Presiden KOM Jika penubuhan universiti ini direalisas­ikan, atlet lepasan sekolah boleh meneruskan pembabitan secara serius dalam bidang ini ketika mengikuti pengajian di kampus, sekali gus membantu memacu prestasi sukan negara” Mustaza Ahmad, Pengurus UITM FC

 ??  ?? Atlet negara meraikan
kejayaan pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN 2016 di Singapura.
Atlet negara meraikan kejayaan pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN 2016 di Singapura.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia