Berita Harian

Kemudahan moden, lengkap penuhi keperluan latihan atlet

-

Kuala Lumpur: Penubuhan Universiti Sukan yang dibangunka­n dengan kemudahan moden dan lengkap dapat memenuhi keperluan latihan atlet siswa, sekali gus menjimatka­n kos penghantar­an mereka ke luar negara untuk tujuan sama.

Ibu seorang atlet ragbi di Kolej Vokasional Shah Alam, Soraya Nita Othman, berkata bajet menampung perbelanja­an tinggi membabitka­n tukaran mata wang asing untuk menghantar atlet berlatih di luar negara, sebaliknya boleh digunakan bagi pembanguna­n Universiti Sukan.

“Saya memang berharap Universiti Sukan ditubuhkan kerana mahu melihat pembabitan aktif anak, Amir Alfadhil Md Yunus yang berusia 17 tahun, diteruskan ke peringkat lebih tinggi supaya berjaya dalam keduadua bidang akademik dan sukan,” katanya ketika dihubungi.

Berkongsi cadangan, beliau berpendapa­t antara aspek penting perlu diberi penekanan dalam pengajian di universiti itu ialah penerapan kemahiran berbahasa.

Kukuh ilmu agama

“Selain itu, perlu memiliki keupayaan berbahasa Inggeris dengan baik bagi memudahkan mereka di arena dunia, tidak berasa rendah diri atau terpaksa menggunaka­n khidmat penterjema­h mahupun jurubahasa.

“Pengukuhan ilmu agama dalam diri atlet juga penting supaya mereka sentiasa berpijak di bumi nyata, tidak leka dengan kemasyhura­n dan tidak mudah patah semangat apabila tewas,” katanya.

Bagi Nik Surina Suria Ibu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia