Berita Harian

Pertanding­an Model Jambatan Antarabang­sa UTM

-

Johor Bahru: Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Bakong, Sarawak, dinobatkan sebagai Kumpulan Terbaik Keseluruha­n bagi kategori sekolah menengah pada Pertanding­an Model Jambatan Antarabang­sa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), baru-baru ini.

Model Jambatan Sempalang yang dibangunka­n sekumpulan lima pelajar dinamakan Alfaian itu menggunaka­n sepenuhnya bahan asas pembinaan, iaitu kayu balsa.

Penyelia kumpulan itu, Mohd Azuwan Samsul Azli,

31, berkata cetusan idea berdasarka­n pembinaan rumah panjang Beluru di Miri, Sarawak itu secara tidak langsung melambangk­an tradisi orang Iban, malah jambatan dikenali ruai itu berfungsi sebagai jalan utama yang menghub- → Penganjura­n ke-10 → Disertai 152 pasukan universiti awam dan swasta, politeknik serta sekolah menengah dari dalam dan luar negara → Pasukan universiti dari Indonesia, Thailand dan Filipina turut mengambil bahagian ungkan orang ramai.

“Sempalang bermaksud kayu silang yang membentuk huruf X atau kekuatan pembinaan silang dalam struktur rumah, jambatan mahupun bangunan di suatu kawasan.

Kekal ciri tradisiona­l

“Pembinaan model jambatan berukuran 120 sentimeter (cm) panjang x 150cm lebar itu memperliha­t usaha kumpulan ini mengekalka­n ciri tradisiona­l masyarakat Iban dari segi budaya, selain elemen kesenian yang ditonjolka­n melalui hasil ciptaan mereka.

“Program seumpama ini juga dapat menggilap bakat dan keyakinan diri peserta dalam membuat persembaha­n, menjana idea kreatif dan inovatif, serta keupayaan menjelaska­n projek secara terancang,” katanya.

Sementara itu Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Surabaya, Indonesia, muncul Kumpulan Terbaik Keseluruha­n kategori institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua kumpulanny­a, Abdul Karim Yasin, 22, berkata idea projek dikenali sebagai Jambatan Suro-boyo itu berdasarka­n jambatan sedia ada di Sungai Rolak, Gunung Sari, Surabaya, membabitka­n model berukuran 120cm panjang x 100cm lebar.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar.

Yang turut hadir ialah Dekan Fakulti Kejurutera­an Awam UTM, Prof Dr Khairul Anuar Kassim.

 ??  ?? Prof Wahid (tiga dari kanan) melihat model Jambatan Suro-boyo.
Prof Wahid (tiga dari kanan) melihat model Jambatan Suro-boyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia