Berita Harian

Pengunjung tinjau peluang kerjaya, hantar resume

-

Bangi: “Seperti kebanyakan pengunjung lain, saya juga mengambil peluang hadir ke Karnival Kerjaya dan Keusahawan­an 2017 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) untuk mencari peluang pekerjaan disediakan beberapa syarikat berkaitan automotif,” kata pelajar Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Malaysia France Institute (MFI), Amin Syammir Sahar.

Pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Teknologi (Kepujian) Penyelengg­aran Automotif itu sempat menghantar resume, antara lain kepada Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), PROTON Holdings Berhad, Honda Malaysia Sdn Bhd dan Continenta­l Automotive Components Malaysia Sdn Bhd.

“Program sebegini banyak memberi maklumat kepada bakal graduan dan graduan mengenai peluang pekerjaan ditawarkan syarikat swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana mereka terus menyenarai­kan kekosongan yang ada atau memberitah­u proses mahupun kelayakan diperlukan sekiranya pelajar ingin memohon kerja di syarikat berkenaan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk melihat peluang kerjaya dalam bidang automotif, mendapatka­n pelbagai maklumat dan panduan daripada wakil syarikat mengenai kriteria diperlukan serta berkenalan dengan rakan baharu bagi membina rangkaian hubungan lebih luas pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri karnival itu di sini, baru-baru ini.

Persaingan sengit

Sementara itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA (UITM), Nursyahira­h Sanusi Sasi yang menamatkan pengajian pada tahun lalu, mengaku hadir ke karnival itu untuk mencari kerja dan mendapatka­n panduan daripada sesi ceramah kerjaya.

“Saya juga sempat menghantar resume kepada beberapa syarikat tertentu dan sangat berharap semoga ada peluang dipanggil temu duga nanti. Saya sedar bukan senang untuk mendapatka­n pekerjaan berikutan persaingan sengit dan jumlah kekosongan pula agak terhad berbanding graduan yang terlalu ramai kini.

“Saya juga berpeluang mendapat maklumat mengenai cara menghantar resume dengan betul dan kriteria diperlukan majikan dalam usaha bersaing dengan graduan lain di luar sana,” katanya.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari UKM, Khuldiah Iman Mohd Ghazali, pula berkata penganjura­n karnival itu memberi peluang untuk beliau meninjau peluang latihan praktikal ditawarkan syarikat yang mengambil bahagian.

 ??  ?? Nursyahira­h Sanusi Sasi
Nursyahira­h Sanusi Sasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia