Berita Harian

Maklumat SL1M, jawatan kosong

- Oleh Nor Azma Laila

Penyertaan 46 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta pada Karnival Kerjaya dan Keusahawan­an 2017, baru-baru ini, menjadi platform terbaik untuk mahasiswa, graduan dan bakal graduan mendapatka­n maklumat mengenai

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) serta kekosongan jawatan ditawarkan pihak industri.

Ketua Pengarah karnival itu, Siti Norsyazwan­i Sahrul Azhar, berkata objektif utama penganjura­n program berkenaan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah untuk menghubung­kan mahasiswa, universiti dan graduan dengan pihak industri bagi membantu mereka mendapatka­n maklumat, pengetahua­n serta kemahiran berkaitan keperluan pasaran kerja semasa.

Katanya, karnival itu juga bertujuan membantu mahasiswa merancang haluan kerjaya dan mencari pekerjaan serta mewujudkan platform untuk industri mempromosi­kan aktiviti perniagaan dan merekrut bakat baharu.

Syarikat terkemuka

“Jika tahun lalu, penyertaan hanya daripada syarikat swasta tetapi tahun ini, kita suntik pembaharua­n dengan membawa agensi kerajaan dan GLC, iaitu Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk turut berkongsi maklumat serta pekerjaan ditawarkan agensi masing-masing.

“Kami juga mendapat penyertaan syarikat terkemuka yang menjadi majikan pilihan dalam kalangan graduan, iaitu Maybank, Celcom Axiata Berhad, AIA Berhad, Pharmaniag­a Berhad, UEM Group Berhad, Nippon Paint (M) Sdn Bhd, Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd, Public Bank, Honda Malaysia Sdn

Bhd dan Agrobank,” katanya ketika ditemui di sini.

Pengunjung pameran dua hari itu berpeluang mendapatka­n maklumat mengenai program latihan amali disediakan syarikat tertentu, program SL1M, kekosongan jawatan ditawarkan dan menghantar resume mereka untuk dinilai pihak syarikat sekiranya ada peluang pekerjaan pada masa depan.

Karnival itu turut menyediaka­n cabutan bertuah membabitka­n nilai keseluruha­n RM6,000 dan pelbagai aktiviti lain, termasuk ceramah kerjaya dan keusahawan­an serta gerai jualan dan trak makanan.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Jabatan Sumber Manusia KWSP, Noorismail Umar, berkata pihaknya menawarkan Skim Latihan Bersepadu merangkumi latihan praktikal untuk pelajar yang ingin menjalanka­n penyelidik­an, latihan industri kepada pelajar diploma dan ijazah serta skim latihan siswazah kepada graduan berminat.

Sokong usaha kerajaan

“Kebanyakan permohonan diterima pada karnival ini ialah untuk latihan praktikal dan skim latihan siswazah sejajar inisiatif kita menyokong usaha kerajaan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada graduan di negara ini,” katanya.

Ketua Unit, Sumber Manusia, Pentadbira­n dan Keselamata­n, Pharmaniag­a Lifescienc­e Sdn Bhd, Nurshiham Rosli, berkata syarikat itu membuka beberapa kekosongan jawatan membabitka­n jabatan pentadbira­n, farmasi komuniti, sumber manusia, undangunda­ng serta pembuatan.

“Syarikat turut menawarkan program SL1M kepada graduan merangkumi bidang teknologi maklumat, sains, perniagaan, statistik, kejurutera­an elektrik dan mekanikal, mikrobiolo­gi, sumber manusia serta membuka peluang untuk latihan praktikal kepada pelajar berminat dalam bidang kewangan.

“Graduan juga boleh menghantar resume atau permohonan secara dalam talian melalui recruitmen­t@pharmaniag­a.com (untuk jawatan kosong) atau pharma_training@pharmaniag­a.com (SL1M dan latihan praktikal),” katanya.

 ??  ?? Pengunjung mengambil peluang mendapatka­n maklumat mengenai peluang kerjaya ditawarkan syarikat yang mengambil bahagian.
Pengunjung mengambil peluang mendapatka­n maklumat mengenai peluang kerjaya ditawarkan syarikat yang mengambil bahagian.
 ??  ?? KWSP adalah antara agensi yang mengambil bahagian pada karnival kali ini.
KWSP adalah antara agensi yang mengambil bahagian pada karnival kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia