Berita Harian

Kem bantu kenal pasti potensi diri pengawas

-

Sungai Buloh: Lebih 60 pengawas Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pelong, menyertai Kem Kepimpinan Pengawas anjuran pelajar Pusat Pendidikan Profesiona­l dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara

Malaysia (UUM) di sekolah itu, barubaru ini.

Kem yang dikendalik­an kumpulan pelajar yang menggelar diri mereka ‘Permata Menara Gading’ berjaya memberi pendedahan kepada peserta berkaitan prinsip, ciriciri dan panduan kepimpinan cemerlang.

Ketua program, Mohd Saiful Bahari Yaacob, berkata murid yang kesemuanya pengawas Tahun Empat, Lima dan Enam sekolah berkenaan dapat mengenal pasti potensi diri untuk dijadikan pedoman apabila mereka meneruskan persekolah­an di sekolah menengah dan seterusnya pada peringkat menara gading.

Beliau berkata, pengawas SK Sungai Pelong yang menyertai program ini berupaya mendapat pemahaman mengapa mereka menjadi seorang pengawas. Pengawas bukan sekadar jawatan tetapi sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih daripada itu

Kesan paling ketara ialah ketika slot muhasabah diri, majoriti Peserta peserta menitiskan air mata apabila diminta mengimbas kembali kelakuan mereka sepanjang menjadi murid dan tanggungja­wab kepada ibu bapa,” katanya.

Mohd Saiful berkata, aktiviti ceramah dan latihan dalam kumpulan ternyata menarik minat peserta sepanjang program berkenaan diadakan.

Tugas mencabar

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbira­n SK Sungai Pelong, Noreha Abdul Ghani, berkata pihaknya sentiasa menggalakk­an pihak luar termasuk universiti awam (UA) untuk mengadakan sebarang program demi kebaikan murid.

“Sememangny­a pihak sekolah sentiasa berusaha mendedahka­n murid supaya berfikir secara lebih kreatif dan inovatif sesuai dengan peredaran masa dan zaman. Penganjura­n kem ini dapat membuka minda murid dan mendorong mereka menjadi seorang pengawas yang lebih bertanggun­gjawab,” katanya.

Seorang peserta, Amier Daniel Azizan, mengakui tugas seorang pengawas memang berat tetapi berjaya menunaikan tanggungja­wab dengan berkesan hasil tunjuk ajar daripada guru.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/ BH] ?? Kem Kepimpinan Pengawas Tahun 4, 5, dan 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/ BH] Kem Kepimpinan Pengawas Tahun 4, 5, dan 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia