Berita Harian

‘Lihatlah Isu alam sekitar dengan mata hati’

- Oleh Mohd Aswadi Muhamad

Kerjasama strategik antara Jabatan Sukan, Kokurikulu­m dan Kebudayaan, Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Mata Hati Malaysia (MHM) diteruskan untuk tahun kelima melalui penganjura­n Program Eksplorasi Kota Warisan, dalam usaha mendidik generasi muda untuk lebih mencintai alam sekitar.

Program tiga hari dua malam yang bertemakan Cintai dan Sayangi Alam Sekitar itu disertai 37 pelajar Kelab Kembara PTSB dan 45 peserta yang terdiri daripada Persatuan Rekreasi Daerah Kulim, Merdeka Beach Resort dan penduduk setempat.

Pensyarah Kokurikulu­m Kelab Kembara PTSB, Mohd Aswadi Muhamad, berkata objektif program itu ialah untuk mendidik pelajar supaya lebih cakna dalam meneliti isu alam sekitar melalui pandangan mata hati selain melahirkan perasaan cinta dan sayang terhadap alam sekitar serta warisan negara dalam diri generasi muda.

Beliau berkata, selain mendidik pelajar untuk meningkatk­an keprihatin­an mereka, program kesukarela­wanan ini juga dapat menyuntik semangat saling membantu serta meningkatk­an kemahiran interperso­nal demi memacu kemajuan masyarakat dan negara.

“Langkah itu seiring hasrat Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mewujudkan pemimpin berkaliber yang mampu melonjakka­n kehebatan negara pada masa akan datang.

Kerjasama strategik

“Melalui program ini juga, pelajar turut didedahkan dengan aktiviti secara praktikal untuk melihat realiti masalah kebersihan di negara ini seterusnya menggalakk­an mereka berfikir mengenai cara untuk mengatasin­ya,” katanya.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sebagai pengisian kepada program berkenaan termasukla­h pembersiha­n kawasan pantai, tempat bersejarah dan rekreasi.

Sementara itu, Presiden MHM, Datuk Ab Rahim Md

Noor, berkata kerjasama strategik organisasi itu bersama semua lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar bagi mewujudkan generasi yang dapat mencari penyelesai­an berkesan untuk isu kehidupan membebani masyarakat.

“Program ini satu pendekatan ditekankan oleh MHM dalam aktiviti kesukarela­wanan membabitka­n pemerhatia­n melalui jiwa dan nurani yang berkait rapat dengan kerohanian dalaman seseorang individu.

“Sebagai contoh, melalui program ini, sukarelawa­n dilatih menanamkan sifat syukur terhadap nikmat yang dikurniaka­n oleh Tuhan seterusnya melahirkan rasa tanggungja­wab untuk memelihara ciptaan itu demi kelestaria­n kehidupan sejagat dan kelangsung­an kehidupan generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, peserta program, Muhammad

Hanif Abdul Hamid, berkata program berkenaan memberi peluang kepada beliau untuk mendapatka­n pelbagai maklumat yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.

“Aktiviti memasang khemah mampu membentuk nilai kerjasama antara peserta dan kami juga berpeluang menyertai sesi perkongsia­n ilmu daripada bekas wartawan, iaitu

Muhd Yusuf Abu Bakar sekali gus memberi semangat kepada kami agar memilih kerjaya berdasarka­n minat supaya terus berjaya pada masa depan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Aktiviti ikhtiar hidup yang turut dijalankan sebagai pengisian kepada program tiga hari dua malam.
Aktiviti ikhtiar hidup yang turut dijalankan sebagai pengisian kepada program tiga hari dua malam.
 ??  ?? Aktiviti ikatan simpulan adalah antara acara yang diadakann.
Aktiviti ikatan simpulan adalah antara acara yang diadakann.
 ??  ?? Peserta mengadakan aktiviti pembersiha­n di kawasan pantai Merdeka.
Peserta mengadakan aktiviti pembersiha­n di kawasan pantai Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia