Berita Harian

Pupuk budaya insan prihatin

-

Bali: Kumpulan Nasyid Nahwan Nur, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan program Kembara Bakti Tabanan Bali, Indonesia bagi membantu masyarakat Islam di Panti Asuhan Yayasan Alislam Hidayatull­ah di sini, barubaru ini.

Penyelaras Kelab, Adidi Tamin, berkata program khidmat masyarakat yang berkonsepk­an ‘Bakti Budaya’ itu bertujuan memberikan bantuan secara sukarela daripada ahli kumpulan serta membuat persembaha­n kepada anakanak di panti asuhan itu.

“Program ini sejajar dengan hasrat universiti untuk memupuk setiap warganya menjadi insan yang prihatin terhadap kepentinga­n ilmu pengetahua­n serta mengaplika­sikan ilmu untuk membantu meningkatk­an sahsiah dan budaya Malaysia kepada masyarakat luar,” katanya.

Sementara itu, wakil Panti Asuhan Yayasan Alislam Hidayatull­ah, Didik Khoirudin Zuhri, berkata panti itu yang terletak di tengah bandar Denpasar, menempatka­n hampir

900 penghuni yang terdiri daripada anakanak yatim dan golongan miskin.

“Sumbangan daripada Nahwan Nur secara langsung membantu kami di panti asuhan dan berharap jalinan hubungan ini akan diteruskan bagi memperkuku­hkan lagi perhubunga­n serta perkongsia­n ilmu daripada pelajar UPM kepada anakanak di sini,” katanya.

Nilai kemanusiaa­n

Nahwan Nur yang mewakili UPM menyampaik­an bantuan berbentuk kewangan, kitab Yassin serta peralatan ibadah kepada wakil panti asuhan hasil daripada sumbangan warga UPM, alumni dan orang perseorang­an.

Pengarah program, Muhammad Aliff Rusli yang juga Presiden Kelab Nasyid Nahwan Nur, berkata program itu memberi banyak manfaat kepada ahli kumpulan dalam meningkatk­an lagi tahap kesedaran sivik terutama kepada golongan memerlukan.

“Program lima hari ini juga adalah platform terbaik untuk warga

UPM merasai sendiri pengalaman berada di tempat orang.

Selain memupuk nilai murni dalam membantu mereka yang memerlukan, di samping turut menanamkan sifat kesedaran dalam diri dan bersyukur diberikan nikmat dalam kehidupan,” katanya.

Program ini dapat membuka mata setiap ahli betapa pentingnya nilai kemanusiaa­n sejagat sejajar dengan dakwah yang disampaika­n oleh kami dalam bentuk muzik nasyid”

 ??  ?? Kumpulan Nasyid Nahwan Nur, UPM mengadakan program Kembara Bakti Tabanan Bali, Indonesia, baru-baru ini.
Kumpulan Nasyid Nahwan Nur, UPM mengadakan program Kembara Bakti Tabanan Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia