Berita Harian

B ahan buangan jad sumber bantuan

- Oleh Basir Zahrom

Kesibukan dalam minggu peperiksaa­n bukan halangan kepada Sekretaria­t Presiden Kolejkedia­man Universiti Malay a (SPKUM) untuk meluangkan masa dalam melaksanak­an aktiviti kebajikan.

Kumpulan itu menjay akan kempen ‘H elping H ands of Malay a’ y ang dijalankan di kolejkedia­man UM dengan mengumpulk­an buku dan pakaian terpakai untuk disumbangk­an kepada mangsa banjir atau mana-mana individu yang tidak berkemampu­an serta memerlukan bantuan.

Speaker SPKUM, Danesh Rajn agarajan, berkata idea itu tercetus kerana pada setiap kali cuti semester terdapat banyak buku dan baju y ang ditinggalk­an dan dibuang oleh pelajar.

Katany a, menerusi kempen itu SPKUM juga dapat mengurangk­an timbunan bahan buangan di kaw asan kolejkedia­man sekali gus dapat mengatasi masalah mengurus bahan buangan terbabit.

“SPKUM dengan kerjasama Jaw atankuasa Tindakan Kolejuntuk Kolej-kolejkedia­man di UM berganding bahu menjalanka­n kempen ini dengan menjadikan beberapa sudut di kaw asan kolejkedia­man sebagai tempat pengumpula­n barang.

Sambutan menggalakk­an

“Kerjasama y ang diberikan semua penghuni kolej kediaman sangat menggalakk­an malah bukan buku dan pakaian y ang disumbangk­an terdapat juga barangan lain seperti kasut, beg dan makanan ringan,” katany a.

Beliau berkata, sebahagian daripada sumbangan y ang dikumpulka­n diserahkan kepada Bahagian H al Ehw al Pelajar dan Alumni UM untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Kelantan dalam Misi Bantuan Banjir UM ke Pantai Timur 2017.

Katany a, semua pakaian terpakai pula telah dihantar ke sy arikat jenama terkenal dunia di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur untuk disumbangk­an kepada mangsa pelarian dan orang ramai y ang memerlukan di seluruh dunia.

Melihat sambutan daripada w arga UM y ang begitu menggalakk­an, Danesh berkata, pihaknya berhasrat untuk terus menjalanka­n kempen berkenaan pada masa akan datang.

“Sehubungan itu, SPKUM meminta semua w arga UM dan seluruh w arga Malay sia amnya, untuk turut samasama memainkan peranan masing-masing dalam membantu masy arakat sekeliling. Usaha kecil begini, besar manfaatny a bagi mereka y ang memerlukan,” katany a.

 ??  ?? Ahli SPKUM menurunkan kotak barangan yang m ereka berjaya kum pulkan.
Ahli SPKUM menurunkan kotak barangan yang m ereka berjaya kum pulkan.
 ??  ?? Ahli SPKUM mengumpulk­an barangan yang disum bangkan warga UM.
Ahli SPKUM mengumpulk­an barangan yang disum bangkan warga UM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia