Berita Harian

FESENI medan siswa tunjuk bakat

- Oleh Basir Zahrom

Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB) mengunggul­i Festival Seni (FESENI) Universiti Malaysia (UM) 2017 selepas memenangi dua acara utama dalam pertanding­an itu yang berlangsun­g di sini, barubaru ini.

Hasil usaha gigih hampir 200 peserta, KKTB berjaya mengunggul­i dua acara iaitu dikir barat dan nyanyian solo seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruha­n pada malam terakhir pertanding­an.

Ketua Delegasi KKTB, Ahmad Fitri Mohamad Ali, 22, berkata festival itu acara yang sentiasa ditunggutu­nggu oleh mahasiswa UM bagi meraikan kepelbagai­an bentuk kesenian yang ada untuk dipertandi­ngkan.

Beliau yang juga pelajar jurusan Kejurutera­an

Kimia UM, berkata pertanding­an itu membolehka­n mahasiswa mempelajar­i sesuatu yang baharu dan meletakkan diri masing-masing di luar dari zon selesa.

“Kolej kami pernah mengunggul­i pertanding­an tahunan ini dua tahun lalu selepas sekian lama tidak ‘mewarnakan’ arena pertanding­an kesenian peringkat UM,” katanya.

Mendapat sambutan

Pertanding­an yang dimulakan sejak 1970-an itu sentiasa mendapat sambutan mahasiswa saban tahun dan kali ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Pusat Kebudayaan, UM.

Juri untuk setiap acara pula diambil dalam kalangan individu profesiona­l yang sudah lama berkecimpu­ng di dalam acara kesenian berkaitan.

Selama hampir tiga minggu, Auditorium Kompleks Perdanasis­wa, UM digegarkan setiap malam dengan persembaha­n kesenian 12 kolej kediaman dan Unit Luar Kampus

UM, membabitka­n hampir 3,000 peserta dan 13 acara.

Daripada gemalai si penari tradisiona­l, gema alunan irama Pantai Timur berdikir barat hinggalah ke kemeriahan persembaha­n boria, FESENI menyediaka­n platform kepada mahasiswa UM untuk bertanding secara kompetitif dan sihat di pentas kesenian.

Sementara itu, Pengetua KKTB, Mohd Fadzli Mohd Khalid, berkata pertanding­an kesenian sebegitu dapat mengetenga­hkan bakat yang ada dalam kalangan mahasiswa.

“FESENI turut dapat memperkasa sifat sahsiah diri lain yang tidak kurang pentingnya seperti semangat berpasukan dan aspek pengurusan masa dan organisasi,” katanya yang juga Pegawai Kebudayaan UM.

 ??  ?? Persembaha­n unik dan bertenaga tarian cina KKTB menarik perhatian penonton.
Persembaha­n unik dan bertenaga tarian cina KKTB menarik perhatian penonton.
 ??  ?? Persembaha­n manifestas­i puisi KKTB.
Persembaha­n manifestas­i puisi KKTB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia