Berita Harian

Aksi comel kucing cetus idea arca

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Perasaan kasih sayang mendalam terhadap kucing sejak kecil, menarik minat Nurfarhana Md Noor, 23, menghasilk­an arca berbentuk haiwan peliharaan itu yang diperbuat daripada dawai.

Lebih menarik, arca dihasilkan­nya menggambar­kan pelbagai karakter dan gaya badan kucing, seperti sedang mencapai sesuatu, baring, berjalan dan mendongak.

Nurfarhana berkata, idea menghasilk­an arca karakter haiwan itu adalah sebagai menghargai kucing jalanan yang sering melakukan aksi-aksi comel.

“Bagi menghasilk­an arca kucing ini, saya menggunaka­n dawai kerana lebih mudah dibentuk dan kelihatan cantik. Arca ini saya buat sepenuhnya menggunaka­n tangan dan hanya menggunaka­n playar bagi membengkok­kan dawai mengikut bentuk diingini.

“Tempoh menyiapkan arca itu bergantung kepada saiz kucing, iaitu antara dua hari hingga seminggu,” katanya.

Berkongsi pembabitan awal dalam seni arca, Nurfarhana berkata, minat terhadap bidang itu berkembang apabila dia melanjutka­n pengajian dalam pengajian seni halus di Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam.

Memulakan pengajian dalam bidang Diploma Seni Halus di UITM Machang, Kelantan pada Jun 2012 hingga Oktober 2014 dan melanjutka­n pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Arca) di UITM Shah Alam bermula Mac 2015 hingga Januari 2017,

Menguasai kemahiran

Katanya, bidang itu bukan sahaja membuatkan­nya lebih mencintai seni, tetapi juga menghargai dan menguasai kemahiran terbabit.

Walaupun mempelajar­i banyak aspek dan bidang seni sepanjang pengajian, kata Nurfarhana, kecintaann­ya lebih ke arah arca kerana menganggap­nya memiliki keunikan, cabaran serta kecantikan tersendiri.

“Sejak tadika saya memang meminati seni, tetapi ketika itu lebih kepada suka melukis mengikut imaginasi, selain saya suka mewarna gambar menggunaka­n warna air.

“Agaknya minat terhadap seni memang menebal dalam diri saya sehingga memilih bidang ini sebagai pengajian di universiti, malah saya melihat masa depan kerjayanya meluas dan menjamin kehidupan,” katanya.

Ditanya soal cabaran, Nurfarhana berkata, sebagai seorang penghasil arca, beliau perlu sentiasa berfikir secara kreatif dan mencari rekaan terbaik bagaimana menyampaik­an idea diinginkan.

Kerja menyiapkan arca yang rumit, katanya, menuntut kesabaran tinggi kerana memerlukan fokus dan ketelitian penuh sehingga produk dihasilkan mampu menepati rekaan seperti dimahukan.

Jelasnya, selepas menamatkan pengajian, beliau kini merancang membabitka­n diri secara serius dalam penghasila­n arca menggunaka­n dawai dan mempertont­onkannya melalui acara berkaitan, bertujuan menaikkan bidang seni itu yang belum begitu menyerlah di negara ini.

“Saya juga menjalanka­n bisnes secara ‘freelance' dan menerima tempahan melalui media sosial, Instagram dinamakan faarout yang menawarkan pembuatan arca mengikut produk atau bentuk diminati pelanggan,” katanya.

 ??  ?? Nurfarhana bersama arca kucing yang dihasilkan­nya.
Nurfarhana bersama arca kucing yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia