Berita Harian

Nur Akma harumkan nama negara

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal meor.ahmad@bh.com.my

“Jika say a gagal menyebut satu perkataan dalam bahasa Arabdengan betul, jurulatih akan meny uruh say a mengulangi­ny a lebih 30 kali perkataan sama bagi memastikan say a lancar meny ebutny a,” kata Nur Akma Mohd Dali, 24, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Itu antara latihan y ang dijalani oleh Nur Akma pelajar Ijazah Sarjana

Muda Sy ariah dan Undangunda­ng USIM, sebagai persediaan untuk menyertai pertanding­an debat menggunaka­n bahasa Arab.

Beliau meny ifatkan peny ertaanny a dalam beberapa pertanding­an debat dapat mengasah dan memantapka­n cara berkomunik­asi dalam bahasa Arab.

“Cabang pengucapan aw am memiliki tarikan tersendiri dengan pendekatan lebih santai dan bersahaja, namun tetap mengutamak­an fakta dan maklumat ilmiah.

“Nasihat dan panduan y ang diberikan jurulatih sangat membantu say a lebih bersemanga­t untuk berdebat selain dapat belajar bany ak perkataann baharu dalam bahasa Arab.

“Say a akan berlatih dua kali dalam seminggu bagi memastikan semua persediaan dapat dilakukan sebelum meny ertai sesuatu pertanding­an,” katany a ketika dihubungi Varsiti, baru-baru ini.

Kategori bukan penutur jati

Nur Akma adalah antara empat pelajar Malay sia mew akili USIM y ang berjay a muncul naibjuara dalam Pertanding­an Debat Bahasa Arabuniver­siti Antarabang­sa Ke-4 (IUADC 2017), di Qatar National Convention Center, Doha, Qatar, baru-baru ini.

Pada pertanding­an berprestij itu, USIM meraih tempat kedua bagi kategori Bukan Penutur Jati Bahasa Arab. Pertanding­an debat ini adalah debat bahasa Arabpaling berprestij dan terbesar di dunia dengan peny ertaan lebih dari 80 universiti dari 46 negara.

Pertanding­an y ang bertaraf dunia itu diadakan dua tahun sekali bertujuan mengumpulk­an pendebat muda berbahasa Arabdan bukan berbahasa Arab dari Eropah, Amerika

Utara, Afrika, Asia Barat dan Asia Tengah.

Nuk Akma y ang juga turut meraih tempat kedua pendebat terbaik keseluruha­n IUADC 2017, berkata belajar bahasa Arabsejak di bangku sekolah rendah lagi turut mendorongn­y a untuk terus menguasai bahasa itu.

“Jika di sekolah rendah say a diajar hany a perkataan biasa sahaja, tetapi ketika di kampus bany ak y ang diajar termasuk cara berkomunik­asi dengan ay at y ang sesuai.

“Bagi say a, pendebat perlu sentiasa meny esuaikan diri dengan situasi pertanding­an y ang berbeza. Jika tajuk y ang diberikan agak mencabar, pendebat harus mempuny ai kefahaman tinggi supay a mampu mengetenga­hkan idea dan hujah berlandask­an fakta,” katany a.

Beliau berkata, pendedahan berkenaan dapat melatih diriny a menjadi individu lebih baik dan memupuk semangat bekerjasam­a demi kejay aan pasukan.

 ??  ??
 ??  ?? Nur Akma (lima dari kanan) bersama pasukannya ketika Pertanding­an
Debat Bahasa
Arab Universiti Antarabang­sa Ke-4, di Qatar National Convention Center, Doha, Qatar, baru-baru ini.
Nur Akma (lima dari kanan) bersama pasukannya ketika Pertanding­an Debat Bahasa Arab Universiti Antarabang­sa Ke-4, di Qatar National Convention Center, Doha, Qatar, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia