Berita Harian

UITM serlah kejaguhan petanque

- Oleh Basir Zahrom

Universiti Teknologi MARA (UITM) mengunggul­i Kejohanan Petanque Double Remaja Terbuka Universiti Malaysia Pahang (UMP) 2017 apabila mendominas­i kategori lelaki dan wanita dalam pertanding­an itu.

Kejohanan yang julung kali dianjurkan Pusat

Sukan & Kebudayaan (PSK) UMP itu menyaksika­n pasukan UITM Shah

Alam beraksi cemerlang merangkul johan keseluruha­n bagi kategori wanita, manakala johan dimenangi oleh Pasukan UITM B dengan membawa pulang wang tunai

RM 800 dan pingat.

Sebanyak 80 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk sekolah, institusi pendidikan tinggi (IPT), kelab sukan dan penggiat sukan petanque tanah air berumur antara 13 hingga 30 tahun.

Kejohanan itu dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal

Pelajar & Alumni) UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin. Yang turut hadir Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd Rahman Safie.

Prof Yuserrie berkata, penganjura­n itu menjadi platform atlet untuk mengasah bakat sekali gus meningkatk­an presta-si semasa serta dapat mengeratka­n hubungan baik dengan komuniti menerusi acara sukan yang dipertandi­ngkan.

“Walaupun UMP gagal untuk memenangi seba- rang hadiah, pengalaman bertanding dengan beberapa pemain negara dan pemain terbaik di Pahang ini diharapkan dapat meningkatk­an prestasi pasukan yang akan menyertai Kejohanan MASUM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Julai 2017 nanti,” katanya.

Sementara itu, Abd Rahman berkata, majlis itu turut mencatat sejarah apabila diadakan acara perasmian ‘Gelanggang Petanque UMP Pekan’ yang menjadi tempat kejohanan sulung berlangsun­g.

Lebih cemerlang

Katanya, gelanggang petanque itu dibina bermula April 2014 merangkumi sebanyak lapan gelanggang, kemudian dinaik taraf kepada 12 gelanggang pada 24 Ogos 2016.

“Diharap kejohanan seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun dan dimanfaatk­an sebaiknya prestasi sukan petanque UMP ke tahap yang lebih cemerlang.

“Sambutan yang diterima amat menggalakk­an apabila menerima penyertaan bukan sahaja dari negeri Pahang malah dari Kuala Lumpur, Selangor dan Johor,” katanya.

Naib Johan: UITM

1 - RM500 dan pingat

Ketiga: MIG 3 (altlet pelapis Pahang) RM300 dan pingat

Keempat: Bukit Aman - RM150 dan pingat

Pemenang kategori Wanita

Johan: UITM B - RM800 dan pingat.

Naib Johan: UITM D - RM 500 dan pingat.

Ketiga: UITM C

- RM300 dan pingat

Keempat: UITM A RM 150 dan pingat

 ??  ?? Yuserrie (dua dari kanan) dan Abd Rahman (kanan) bersama-sama peserta Kejohanan Petanque Double Remaja.
Yuserrie (dua dari kanan) dan Abd Rahman (kanan) bersama-sama peserta Kejohanan Petanque Double Remaja.
 ??  ?? Barisan pemenang Kejohanan Petanque Double Remaja Terbuka UMP 2017.
Barisan pemenang Kejohanan Petanque Double Remaja Terbuka UMP 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia