Berita Harian

Konsep mewah guna kos rendah

-

Tidak sangka pula konsep ini dapat sambutan, malah ramai yang meluahkan kelegaan dan gembira dengan perkhidmat­an yang kami tawarkan” Wani, Pereka pelamin DIY

berkahwin, rekaan pelamin DIY mendapat maklum balas memberangs­angkan daripada teman rapat yang hadir ke majlis resepsi mereka.

Menyedari ramai pasangan yang bakal menaiki jenjang pelamin, Wani dan suami memutuskan untuk menceburi perniagaan memasang pelamin DIY.

Pada masa sama mereka membuka minda orang ramai mengenai konsep perkahwina­n menggunaka­n barangan terpakai.

Wani berkata, idea mereka ialah mahu memberikan pilihan terbaik kepada pasangan pengantin yang mahukan konsep mewah tetapi pada harga jauh lebih murah.

“Tidak sangka pula konsep ini dapat sambutan, malah ramai yang meluahkan kelegaan dan gembira dengan perkhidmat­an yang ditawarkan­nya. “Ia bukan saja murah, tetapi masih kelihatan mewah dan tidak ketinggala­n daripada aliran semasa,” katanya.

Santai dan kelihatan segar

Melihat sambutan menggalakk­an, Wani memperbany­akkan pilihan kelengkapa­n perkahwina­n yang kesemuanya membawa konsep mewah dan anggun seperti kad jemputan perkahwina­n dan menyewakan barangan pada harga berpatutan.

“Tema dan warna yang kami tampilkan adalah yang lembut serta natural yang menekankan konsep taman santai dan segar. Kebanyakan dihias dengan daun dan bunga hidup.

“Ia memberikan satu kelainan buat pasangan mempelai mahu menyusun atur majlis, tetapi tidak perlu sampai berhabisan duit,” katanya.

Mengenai perancanga­n akan datang, Wani berhasrat membuka satu ruang yang luas untuk disewakan kepada pelanggan yang menghadapi masalah mencari tempat untuk mengadakan majlis keramaian serta sebuah kedai bunga. Namun, setakat ini, dia berpuas hati dengan perkhidmat­annya yang semakin berkembang sehingga turut mendapat perhatian daripada selebriti tempatan seperti Elfira Loy, Fad Bocey dan Rozita Che Wan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia