Berita Harian

Anwar beri keterangan

Pasukan Petugas Khas ambil keterangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 3 jam di Kementeria­n Kewangan, semalam, berhubung urus niaga spekulasi mata wang asing hingga BNM rugi AS$10 bilion sekitar 1990-an

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Pasukan Petugas Khas berhubung urus niaga menyebabka­n Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian AS$10 bilion pada 1990-an, semalam mengambil keterangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan antara 1991 hingga 1998, tiba di Kementeria­n Kewangan, kira-kira jam 2.30 petang menaiki kenderaan Jabatan Penjara dan diiringi kenderaan polis.

Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, turut hadir kirakira jam 3.45 petang, namun enggan ditemurama­h media yang ingin bertanya tujuan kehadirann­ya, sejurus keluar bangunan itu lebih sejam kemudian.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika ditemui pemberita selepas sesi pendengara­n mengesahka­n kehadiran Anwar.

Enggan mengulas lanjut

Ditanya sama ada Anwar individu pertama yang dipanggil memberi keterangan, Mohd Sidek berkata ada yang lain sebelum ini, tetapi enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, sesi berlangsun­g selama tiga jam bermula jam 3 petang. Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR, anaknya, Nurul Izzah Anwar dan peguam, R Sivarasa, turut hadir, namun tidak dapat bertemu Anwar.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Anwar terus ke tempat letak kereta di aras bawah tanah, pejabat Kementeria­n Kewangan. Kenderaan itu dilihat meninggalk­an bangunan kementeria­n kirakira jam 4.45 petang.

Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantuny­a, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penubuhan Pasukan Petugas Khas diumumkan pada Februari lalu bagi menjalanka­n siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam kegiatan spekulasi urus niaga mata wang asing.

Pasukan enam ahli lain itu akan turut menyiasat sejauh mana tindakan menyembuny­ikan maklumat kerugian dan mengkaji jika ada perbuatan memberi kenyataan mengeliruk­an kepada Mesyuarat Parlimen, serta mengemukak­an syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan.

Pasukan itu akan melaporkan hasil siasatan kepada Kabinet dalam masa tiga bulan, termasuk memberi perakuan jika perlu menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja.

 ??  ??
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Mohd Sidek dikerumuni wakil media selepas Pasukan Petugas Khas mengambil keterangan Anwar di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Mohd Sidek dikerumuni wakil media selepas Pasukan Petugas Khas mengambil keterangan Anwar di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia