Berita Harian

5 DITAHAN BUAT, JUAL BISKUT GANJA

Semua suspek positif dadah, direman tujuh hari

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Nur Afiradina Arshad bhnews@bh.com.my

Lima rakan termasuk seorang wartawan sebuah agensi berita tempatan yang mendalangi kegiatan memproses dan mengedar biskut dicampur ganja ditahan polis dalam serbuan di Bukit Antarabang­sa di sini.

Kegiatan haram itu dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas semua suspek berusia 24 hingga 27 tahun ditahan di sebuah unit pangsapuri pada jam 8.55 malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata dalam serbuan di kediaman terbabit, polis merampas empat ketulan mampat ganja, tiga biskut dicampur dadah berkenaan dan satu bekas mengandung­i serbuk tumbuhan disyaki ganja.

Geledah banglo

“Susulan serbuan itu, seorang daripada suspek membawa polis ke sebuah banglo kira-kira 500 meter dari pangsapuri terbabit.

“Di situ, polis merampas 34 biskut dicampur ganja dalam bekas seberat 215 gram,” katanya pada sidang media di IPD Ampang Jaya di sini, semalam.

Hamzah berkata, siasatan awal mendapati suspek baru berjinak-jinak menghasilk­an biskut diadun ganja untuk pasaran tempatan, manakala ketulan mampat ganja pula untuk diagihkan di sekitar kawasan itu.

Katanya, semua lelaki terbabit positif dadah hasil ujian saringan air kencing dan seorang daripada mereka ada rekod jenayah mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Polis menjalanka­n siasatan menyeluruh termasuk mengesan sumber bekalan dadah diperoleh suspek. Orang ramai yang ada sebarang maklumat diminta menghubung­i balai polis berhampira­n untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman hingga 25 April ini bagi membantu siasatan.

Rampasan dadah RM2.5J

Dalam perkembang­an berasingan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis menumpaska­n sindiket pengedaran dan pemprosesa­n dadah hasil tangkapan sembilan suspek termasuk dua warga asing Selasa lalu.

Dalam serbuan di empat lokasi sekitar Lembah Klang itu, sejumlah 19,661 biji pil ekstasi; 21,396 pil erimin 5; 2,283 biji kapsul ekstasi; 155 gram syabu; 60 gram ganja; 44 gram ketamin dan 30.5 kilogram ephedrine dirampas. Keseluruha­n rampasan dianggar RM2.5 juta.

Turut dirampas, lapan kenderaan pelbagai jenama, termasuk kereta mewah dan wang tunai RM125,830.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Hamzah (tengah) bersama pegawai menunjukka­n kepingan biskut dicampur ganja yang dirampas dalam serbuan di Bukit Antarabang­sa di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Hamzah (tengah) bersama pegawai menunjukka­n kepingan biskut dicampur ganja yang dirampas dalam serbuan di Bukit Antarabang­sa di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia