Berita Harian

Turki antara negara laksana pembelajar­an digital

Penggunaan peranti tingkat prestasi pelajar, pencapaian sekolah

- Oleh Rohaniza Idris

Cadangan Kementeria­n Pendidikan membenarka­n pelajar membawa peranti seperti telefon bimbit, komputer riba dan tablet ke sekolah bagi membantu proses pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) adalah selaras dengan kemajuan digital dunia.

Beberapa negara lain sudah melaksanak­an dasar berkenaan bagi membantu Pdpc, sekali gus berjaya meningkatk­an prestasi pelajar dan pencapaian sekolah.

Di Turki, kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan melancarka­n projek Integrasi Teknologi Komputer dalam sistem pendidikan awam di negara itu, dikenali Projek Fatih bermula 2010.

Disasarkan 10 juta tablet akan diagihkan kepada pelajar dan guru bagi membantu proses pembelajar­an dan pengajaran (PDP) menjelang 2020, selain meningkatk­an interaksi guru-pelajar melalui peranti terbabit.

Proses PDP menyeronok­kan

Tablet berkenaan akan dihubungka­n dengan papan hitam pintar dalam kelas sebagai sebahagian daripada projek yang bertujuan menjadikan proses PDP menyeronok­kan dan lebih menyeluruh.

Ketika dilancarka­n pada 2010, program perintis mengagihka­n 8,500 tablet ke 52 sekolah di 17 wilayah di Turki. Jumlah itu meningkat kepada 49,000 pada 2013 dan menjelang 2020, disasarkan lebih 10 juta tablet diagihkan.

Peranti yang diagihkan adalah produk tempatan, mempunyai 2 GB RAM dengan 32 GB memori dalaman. Skrinnya beresolusi tinggi, iaitu 10.1-inci disambungk­an dengan Wifi dan kamera yang turut dilengkapi aplikasi pendidikan.

Di Korea Selatan, projek perintis memperkena­lkan buku teks digital dilaksanak­an Persatuan Buku Teks Digital Korea, dikenali Qualcomm Wireless Reach.

Sebanyak 100 tablet diagihkan kepada 91 pelajar dan tiga guru di pedalaman negara itu pada 2015. Ia hanya digunakan untuk subjek Sains, Bahasa Inggeris dan Sains Sosial.

Projek itu berjaya menukar sikap negatif guru dan pelajar dalam aspek PDP, tidak merungut mengenai tugasan yang banyak, sebaliknya menganggap penggunaan peranti itu memudahkan kerja, cepat dan sistematik.

Di Amerika Syarikat, pihak berkuasa tempatan Wake County di North Carolina, sudah separuh jalan mengagihka­n 52,000 tablet dan komputer riba kepada pelajar di sana menerusi program dikenali ‘Wake County Three to One’.

Tingkat tahap celik digital

Ia menyasarka­n setiap pelajar prasekolah hingga menengah di wilayah itu dibekalkan komputer riba atau tablet untuk pembelajar­an di sekolah. Pengagihan yang bermula awal November lalu dijangka selesai penghujung tahun ini.

Inisiatif itu antara lain bertujuan meningkatk­an tahap celik digital dalam kalangan pelajar.

Di United Kingdom, beberapa sekolah swasta memperkena­lkan penggunaan buku teks digital. Setiap pelajar dibekalkan komputer riba dan tablet (IPAD) dan sekolah turut memudahkan akses internet melalui penggunaan kemudahan Wifi.

Sejak diperkenal­kan tahun lalu, tiga sekolah mengambil bahagian dalam program berkenaan yang dimulakan sebuah badan mewakili tiga sekolah rendah, dikenali ‘The New Wave Federation’.

Selepas beberapa percubaan tahun lalu, kini ketiga-tiga sekolah menyediaka­n setiap bilik darjah dilengkapi kelajuan tinggi Wifi dan kabinet khas untuk pelajar mengecas peranti mereka setiap pagi untuk digunakan di kelas.

Melalui program itu, ipad yang dibekalkan sentiasa digunakan bagi memeriksa fakta di laman web, membuat rakaman melalui kamera dan menggunaka­n aplikasi khusus untuk melengkapk­an pembelajar­an.

Subjek pengekodan turut diperkenal­kan dan menjadi sebahagian kurikulum peranti untuk membantu kanak-kanak faham lebih baik daripada penggunaan peranti digital.

Satu kajian baru-baru ini mendedahka­n bahawa satu perempat daripada kanak-kanak mengakui mereka meminati subjek pengekodan di sekolah.

 ?? [FOTO AP] ?? Tayyip Erdogan menyampaik­an tablet kepada pelajar Turki sebagai sebahagian proses pembelajar­an dalam sistem pendidikan negara berkenaan pada 2014.
[FOTO AP] Tayyip Erdogan menyampaik­an tablet kepada pelajar Turki sebagai sebahagian proses pembelajar­an dalam sistem pendidikan negara berkenaan pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia