Berita Harian

Kerja baik pulih landasan 42 kilometer 32 peratus siap

Projek infrastruk­tur KVDT boleh disiapkan ikut jadual akhir 2019

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my Kuala Lumpur

Pembinaan projek infrastruk­tur Landasan Kereta Api Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang dimulakan pada Mei tahun lalu, kini mencapai 31.62 peratus dan boleh disiapkan mengikut jadual akhir 2019.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata projek pembinaan dalam dua peringkat dengan fasa pertama yang rancak dibina sekarang membabitka­n peruntukan RM1.41 bilion.

Katanya, projek itu meliputi kerja membaik pulih landasan sepanjang 42 kilometer antara Rawang, Selangor ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu, di sini untuk meningkatk­an mutu perkhidmat­an kereta api.

Beliau berkata, projek membaik pulih KVDT bagi 17 stesen itu merangkumi penambahba­ikan landasan, sistem semboyan dan komunikasi, sistem elektrifik­asi dan menaik taraf kemudahan seperti pembinaan platform berbumbung dan tandas khas.

“Projek meliputi KTMB (Keretapi Tanah Melayu Bhd) Komuter dan perkhidmat­an tren elektrik (ETS) apabila siap menjadikan masa menunggu hanya 7.5 minit berbanding 15 minit ketika ini yang memanfaatk­an rakyat, sekali gus melengkapk­an prasarana pengangkut­an awam di Lembah Klang.

“Projek ini bertepatan transforma­si pengangkut­an awam terutama di Lembah Klang, sejajar Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya ketika merasmikan projek KVDT di Kuala Lumpur Sentral, di sini semalam.

Umum jentera Razak 1

Tiong Lai bersama timbalanny­a, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Pengerusi Dhaya Maju Infrastruc­ture (Asia) Sdn Bhd (DMIA), Tan Sri Mohd Azumi Mohamed turut meninjau projek berkenaan. DMIA adalah kontraktor projek berkenaan.

Pada majlis itu, Tiong Lai turut mengumumka­n nama jentera canggih untuk projek itu yang dikenali Razak 1.

Projek berkenaan untuk meningkatk­an kapasiti dan memastikan tahap perkhidmat­an komuter sebagai pilihan utama mobiliti pengguna di Lembah Klang sejajar Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA).

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, pengguna jalan raya tidak akan didakwa di mahkamah dua kali bagi kesalahan tunggal yang berdaftar mengikut Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES).

Katanya, beliau akan mengarahka­n Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron untuk memberi penjelasan secara terperinci mengenainy­a kepada orang ramai.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Tiong Lai melihat demontrasi jentera pemasangan landasan kereta api Razak 1 selepas merasmikan projek Landasan Kereta Api Berkembar Lembah Klang (KVDT) di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Tiong Lai melihat demontrasi jentera pemasangan landasan kereta api Razak 1 selepas merasmikan projek Landasan Kereta Api Berkembar Lembah Klang (KVDT) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia