Berita Harian

Agenda perkasa Bumiputera bukan sekadar slogan: PKMM

Program mampu wujud budaya saing orang Melayu dalam semua bidang diceburi

- Oleh Haryani Ngah

Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera (TKB) yang dilancarka­n Datuk Seri Najib Razak kelmarin, mampu mewujudkan budaya saing dalam diri orang Melayu dan Bumiputera dalam apa sahaja bidang diceburi.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad, berkata dengan pelancaran TKB, agenda untuk memperkasa Bumiputera bukan sekadar slogan semata-mata.

“Agenda memperkasa Bumiputera dapat dipertingk­atkan bukan sahaja untuk kontraktor, tetapi juga usahawan. Bagi kontraktor, sistem diperkenal­kan ini dapat memberi ruang untuk berdaya saing dan lebih produktif,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Katanya, bidang perniagaan sebagai kontraktor pada masa kini turut disertai ramai profesiona­l seperti jurutera, arkitek serta tenaga terlatih dalam bidang pembinaan.

Sistem undi agih projek tak relevan

Sehubungan itu, Mokhtar melihat sistem undi yang diperkenal­kan menerusi Dasar Ekonomi Baru pada 1973 dalam mengagihka­n projek kerajaan kini sudah tidak relevan.

“Kami berharap kerajaan dapat memberi lebih banyak peluang kepada kontraktor Melayu supaya daya saing dapat diwujudkan. Jika ada kelemahan, mereka perlu diberi peluang kedua untuk memperbetu­lkan kesilapan,” katanya.

Katanya, usaha memperkasa­kan kontraktor Bumiputera oleh kerajaan dapat dilihat menerusi peluang menyertai projek mega seperti kontrak Projek Transit Aliran Ringan 3.

“Peluang itu perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh kontraktor Bumiputera dan buktikan kemampuan kita sepenuhnya,” katanya.

TKB adalah fasa kedua Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera yang membuka lembaran baharu dalam perjuangan memperkasa­kan Agenda Bumiputera.

Ia akan lebih inklusif dan holistik, tidak terhad kepada bidang tertentu seperti ekonomi sematamata, sebaliknya lebih terangkum untuk segenap kesejahter­aan hidup, berbanding Agenda Bumiputera sebelum ini yang lebih tertumpu kepada sudut ekonomi.

Agenda memperkasa Bumiputera dapat dipertingk­atkan bukan sahaja untuk kontraktor tetapi juga usahawan. Bagi kontraktor, sistem diperkenal­kan ini dapat memberi ruang untuk berdaya saing dan lebih produktif Mokhtar Samad, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia