Berita Harian

Kesejahter­aan lebih menyeluruh dengan TKB

-

pemerkasaa­n bumiputera yg diumumkan baru-baru ini dilihat menyeluruh dalam mendepani isu-isu semasa berkaitan bukan sahaja dari sudut ekonomi bahkan merangkumi persoalan sosial.

Sehubungan itu, adalah sesuai dengan masa dan keperluan maka pihak kerajaan menggerakk­an ke fasa baharu Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera (TKB).

Penekanan dalam aspek membudayak­an keusahawan­an serta kualiti sumber manusia amatlah bertepatan dengan hala tuju semasa struktur ekonomi negara yang menjurus kepada ekonomi yang berasaskan perkhidmat­an bernilai tinggi.

Sejajar dengan perkara ini, dirasakan tepat untuk kita memberi tumpuan lebih luas kepada persoalan kesejahter­aan kehidupan meliputi kesihatan, pendidikan, sosial dan budaya.

Justeru, bidang perkhidmat­an secara khususnya memerlukan sumber manusia berdaya tinggi yang selari dengan permintaan pasaran. Program memperkasa­kan bumiputera ini perlulah dijalankan di semua peringkat.

Dimensi yang disebut oleh Perdana Menteri cukup menyeluruh kerana menggunaka­n kayu ukur spesifik untuk melihat sejauh mana pencapaian agenda Bumiputera selepas ini.

Lonjakan positif

Jika dilihat dari segi aspirasi agenda yang diumumkan ia adalah satu inisiatif jangka sederhana dan panjang yang bakal memberi satu lonjakan positif bukan sahaja kepada golongan sasaran iaitu bumiputera bahkan kepada perkembang­an ekonomi negara secara umumnya serta dalam jangla panjang.

Ini bertepatan dengan pengukuran berdasarka­n pendapatan korporat dan isu rumah, pertambaha­n golongan profesiona­l berdaftar serta penyertaan di peringkat pengurusan dan berkemahir­an tinggi sejajar status TKB sebagai satu agenda nasional.

Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatk­an bahawa pemerkasaa­n agenda ini tidak sama sekali bermakna ada pihak tertentu perlu bimbang akan terlepas daripada pembelaan kerajaan pimpinanny­a.

Beliau turut menekankan bahawa kerajaan tetap membela semua kaum kerana apa jua dasar dan rancangan yang dilakukan dipastikan untuk memberi faedah kepada semua sama ada orang Melayu dan Bumiputera dan bukan Islam.

Jika sebelum ini Dasar Ekonomi Baru dipandang serong, TKB diyakini tidak dianggap negatif kerana mempunyai pendekatan dan impak positif kepada semua lapisan masyarakat.

Sejajar dengan perkara ini, dirasakan tepat untuk kita memberi tumpuan lebih luas kepada persoalan kesejahter­aan kehidupan meliputi kesihatan, pendidikan, sosial dan budaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia