Berita Harian

Kaedah sulh bantu selesai perceraian luar mahkamah

Inisiatif bantu pihak tidak mampu bayar kos guaman

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Hampir 60 peratus kes perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah Selangor, berjaya diselesaik­an melalui kaedah sulh atau perbincang­an luar mahkamah.

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata kaedah sulh adalah antara inisiatif diperkenal­kan bagi membantu pihak yang tidak mampu membayar kos guaman menyelesai­kan kes tuntutan cerai, selain memendekka­n tempoh penyelesai­an kes.

Melalui kaedah sulh, katanya, suami isteri yang memfailkan kes di mahkamah, akan dirujuk kepada pegawai sulh yang akan menjadi perantara, untuk menyelesai­kan perbalahan secara baik di luar mahkamah.

“Melalui sulh, suami atau isteri lebih selesa menyuaraka­n pandangan dengan terbuka tanpa berselindu­ng, berbeza dengan suasana perbicaraa­n di mahkamah apabila kadang-kadang ada yang risau, takut dan bimbang bagaimana mahu bercakap dengan hakim hingga mengganggu kelancaran perbicaraa­n.

“Kebaikan kaedah sulh ialah perjanjian yang direkodkan pegawai sulh itu diputuskan sendiri oleh suami isteri yang berbalah dan keputusan perbincang­an akan terus disahkan oleh hakim,” katanya dalam program bicara secara digital melalui BHTV dan BH Online dengan tajuk 'Gantung Tak Bertali, Di mana Silapnya?', semalam.

Program yang dikendalik­an Pengarang Bersekutu (Ehwal Semasa) BH, Kadir Dikoh itu, turut menampilka­n Perunding Psikologi dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali.

Terdahulu, Mohd Naim menjelaska­n, inisiatif diperkenal­kan Mahkamah Syariah Selangor bagi mengurangk­an kes wanita 'digantung tak bertali' oleh suami yang zalim serta tidak menjalanka­n tanggungja­wabnya.

Inisiatif lain

Katanya, inisiatif lain termasuk memperkena­lkan kaedah Hakam, iaitu melantik Hakam untuk melafazkan cerai bagi pihak suami.

“Kebanyakan kes yang disebut gantung tak bertali ialah suami enggan melafazkan talak hingga kes tertangguh lama kerana menunggu suami berbuat demikian.

“Inisiatif Hakam ialah mahkamah memberi kuasa kepada Hakam untuk melafazkan talak, apabila mahkamah berpuas hati wujudnya perbalahan dan perkahwina­n itu tidak lagi boleh diselamatk­an, dan jika diteruskan kezaliman berlaku pada isteri,” katanya.

Mohd Naim berkata, Mahkamah Syariah Selangor turut memperkena­lkan perbicaraa­n pada waktu malam, selain memendekka­n tempoh penyelesai­an kes perceraian kepada kurang enam jam, berbanding sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum ini.

“Sejak permohonan 'fast track' ini dilaksanak­an bermula bulan Julai tahun lalu, sebanyak 3,000 kes berjaya diselesaik­an kurang dari tiga bulan,” katanya.

 ??  ?? Mohd Naim (tengah) dan Suzana (kanan) pada program Bicara bertajuk Gantung Tak Bertali Di mana Silapnya di NSTP Digital Studio, Balai Berita Bangsar.
Mohd Naim (tengah) dan Suzana (kanan) pada program Bicara bertajuk Gantung Tak Bertali Di mana Silapnya di NSTP Digital Studio, Balai Berita Bangsar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia