Berita Harian

Pusat Rehabilita­si PERKESO bertaraf dunia

-

Pusat Rehabilita­si Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) di Melaka, satu-satunya pusat rehabilita­si bertaraf antarabang­sa pertama di negara ini dan Asia Tenggara ditubuhkan untuk membantu orang berinsuran­s atau pekerja dipulihkan secara fizikal dan vokasional agar kembali ke alam pekerjaan.

Pusat bernilai lebih RM200 juta terletak di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya itu menyediaka­n program pemulihan yang efektif kepada pencarum pertubuhan berkenaan dan pesakit luar yang mengalami kekurangan daya fizikal atau kehilangan upaya.

Ia menerusi kemudahan rawatan pemulihan komprehens­if membabitka­n kaedah fisioterap­i, terapi cara kerja, terapi hidro, terapi pertuturan dan latihan pemulihan secara vokasional untuk mengembali­kan semula pesakit ke alam pekerjaan.

Projek pembanguna­n di kawasan seluas 22.26 hektar bermula pada 2008 itu memiliki elemen semula jadi bercirikan teknologi binaan mesra alam.

Antara ciri hijaunya adalah cermin tingkap pada bangunan yang dapat mengurangk­an penyerapan haba 40 peratus, manakala baki 60 peratus lagi haba akan dilepaskan.

Bangunan berkenaan turut menggunaka­n sistem takungan yang menyalurka­n hujan melalui saluran dari bumbung ke tangki air bawah tanah, panel solar bagi penyalaan lampu jalan utama dan persekitar­an, pendingin hawa yang diselarask­an dan bebas kl o r o f lu or o karbon( CF C ), selain memiliki elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam dan luar bangunan.

Teknologi maklumat terkini

Pembinaan pusat ini menggabung­kan bukan sahaja perancanga­n seni bina dan reka bentuk, malah dilengkapi peralatan serta teknologi maklumat berkualiti tinggi bagi merawat pesakit, namun kelestaria­n alam tetap terpulihar­a.

Pusat yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mempunyai dua blok penginapan bertaraf hotel dengan kapasiti 150 bilik. Bagi pesakit yang datang dengan pelbagai keadaan kesihatan, mereka turut diberi kemudahan wad, di samping dibekalkan rutin pemakanan yang diselia khas mengikut keperluan diet oleh pakar nutrisi atau ahli dietetik.

Pelan bangunanny­a juga mesra pesakit dengan menyediaka­n tempat pejalan kaki untuk orang kurang upaya (OKU) di seluruh kawasan bangunan dengan mengambil kira kesesuaian dan memudahkan pesakit bergerak.

Pesakit, M Rama, 49, yang ditemui ketika menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz dan Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilita­si PERKESO, Dr Hafez Hussain bersempena majlis prapelanca­ran pusat itu, baru-baru ini, berkata menerusi sesi rawatan dilalui dia kembali yakin untuk teruskan kehidupan.

“Mujur ada pusat pemulihan serba canggih dan lengkap seperti ini. Sebelum ini saya berasa hilang semangat untuk meneruskan kehidupan selepas kaki kanan dipotong akibat kencing manis,” katanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Seorang lagi pesakit, Khairul Ismail, 31, yang menjalani rawatan pemulihan selepas terbabit kemalangan jalan raya berkata, semua kemudahan disediakan bertaraf antarabang­sa.

Pesakit selesa

“Saya ditempatka­n di sini sejak tiga minggu lalu, setiap hari saya mengikuti pelbagai terapi serta latihan pemulihan secara berjadual.

“Segala kemudahan peralatan dan khidmat disediakan saya boleh katakan bertaraf antarabang­sa dan memberi keselesaan kepada pesakit,” katanya.

Sementara itu, Mohammed Azman, berkata sejak beroperasi pada 2014, pusat rehabilita­si itu merawat 1,485 pesakit dalam kalangan orang berinsuran­s dengan agensi itu dari seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu 824 pesakit pulih dan ditawarkan pekerjaan, manakala 600 lagi yang selesai menjalani pemulihan fizikal dan latihan vokasional menunggu peluang pekerjaan sesuai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia