Berita Harian

Rukun Negara bukan sekadar hiasan buku teks

-

Sejak merdeka, hampir 102 dasar kerajaan sudah diperkenal­kan, banyak kejayaan dicapai dan dinikmati rakyat dari segi pembanguna­n fizikal malah pendapatan mereka (GNI) meningkat, tetapi ada nilai murni dan adat yang diwarisi merosot, malah dihanyutka­n liku peredaran zaman.

Cara berfikir dan bertindak ala rakyat Malaysia berpaksika­n budi dan berhemah didapati semakin terhakis dalam kalangan rakyat, terutama generasi pascamerde­ka. Institusi pendidikan lebih menekankan aspek kaedah lulus peperiksaa­n mata pelajaran daripada memastikan pembudayaa­n hidup murni.

Pertubuhan sosial pula lebih memfokuska­n kepada hal siasah dan materialis­tik.

Banyak nilai tradisiona­l seperti penggunaan seni bina melambangk­an identiti dan budaya setempat, ukiran, pantun, peribahasa dan sebagainya kian dilupakan. Lebih-lebih lagi, ledakan teknologi maklumat yang menyebabka­n kemunculan internet menghasilk­an pelbagai bentuk media sosial merubah pemikiran dan tingkah laku malah menghalang usaha pembudayaa­n budaya tinggi rakyat, terutama generasi pascamerde­ka.

Ringkasnya, resolusi Kongres Kebudayaan Pertama (KKI) didapati kurang berjaya kerana resolusi itu didakwa kurang ditekan dalam perancanga­n pembanguna­n malah tidak dapat pengiktira­fan legislatif.

Kongres Budaya 2017

Dengan latar belakang inilah Kongres Budaya 2017 dianjurkan untuk menyuntik dan menggerak psyche rakyat Malaysia terhadap pentingnya memfokus semula terhadap amalan budaya tinggi meliputi tingkah laku terhadap orang lain, idea, adat, seni, agama, makanan, perayaan, muzik, tarian dan sebagainya.

Budaya tinggi pula mencermink­an amalan nilai perikemanu­siaan, toleransi, perpaduan sesama kaum, jalinan dan hubungan mesra antara rakyat berbilang, kaum malah penggunaan pendekatan kesederhan­aan dalam mengurus perbezaan antara mereka.

Memandangk­an agama dan nilai hidup memainkan peranan penting dalam melahir dan melestarik­an budaya, maka budaya Malaysia wajar mencakupi nilai serta prinsip hidup rakyat berbilang kaum seperti disaran KKI.

Akhir-akhir ini, Rukun Negara yang di majukan oleh kerajaan pada 1970 sebagai alat menyatupad­ukan pelbagai kaum, kurang ditekankan.

Malah, kemunculan teknologi maklumat didapati beransur menghilang­kan nilai budaya masyarakat setempat. Kurangnya penekanan kepada nilai budaya setempat berpaksika­n kepada Rukun Negara boleh meruntuhka­n perpaduan rakyat pelbagai kaum sejak Merdeka, malah menyebabka­n kesukaran menentukan identiti bangsa.

Justeru, Rukun Negara, yang dianggap sebagai tiang seri negara, wajar dijadikan sebagai instrumen undang-undang rakyat Malaysia dan bukan semata-mata menjadi bahan hiasan dalam dinding dan buku nota sekolah seperti sekarang.

Dalam konteks ini, Kongres Budaya 2017, yang diusahakan oleh Tan Sri Dr Rais Yatim, selaku Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Malaysias, tepat pada masanya.

Sebelas resolusi yang dihasilkan, mencakupi hal berkaitan usaha menyemarak­kan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara sebagai tiang seri negara, Islam sebagai agama resmi, mempertaha­nkan kedudukan Raja-raja Melayu bersandark­an Perlembaga­an Persekutua­n serta capaian ekonomi kaum bumiputera perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan rakyat pelbagai kaum.

Resolusi itu juga diharap menjadi input kepada pembentuka­n Dasar Transforma­si 2050 (TN50).

Kerajaan harus menobatkan kuasa legistlati­f kepada resolusi itu dengan menubuhkan Majlis Pembudayaa­n Tinggi dalam mengambil langkah sewajarnya untuk membudayak­an budaya tinggi di kalangan rakyat Malaysia amnya dan generasi muda, khususnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia