Berita Harian

10 tahun tunggu masjid baharu berbaloi

JAIS maklumkan kini peringkat akhir proses dokumentas­i untuk tender

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias, Liyana Tarmizi dan Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Penantian lebih 10 tahun penduduk Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor, dekat sini, bagi mendapat masjid baharu.

Projek itu bagi menggantik­an Masjid Jame’ Al Khalidiah yang sudah tidak mampu menampung bilangan jemaah yang meningkat.

Pembinaan masjid baru itu kini dalam peringkat akhir proses dokumentas­i untuk pengeluara­n tender.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, menjelaska­n kelewatan berlaku di peringkat Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana proses dokumentas­i yang agak panjang dan mengambil masa.

Katanya proses pembinaan masjid baharu itu memerlukan beberapa prosedur sebelum ia dilaksanak­an berdasarka­n kehendak teknikal, perancanga­n dan undang-undang.

“Ia sudah sampai ke peringkat akhir untuk pengeluara­n tender. Ini rumah Allah, kita tidak mahu ia dibuat sembaranga­n, jika diizinkan-nya akan dipermudah­kan,” katanya kepada BH.

Jumlah jemaah meningkat

Minggu lalu, Halaman Kota menyiarkan rungutan penduduk Kampung Melayu Rasa yang menunggu lebih 10 tahun untuk menyaksika­n pembinaan masjid baharu menggantik­an kemudahan sedia ada yang semakin sempit berikutan peningkata­n dalam jumlah jemaah.

Ini kerana, berlaku pembukaan sebuah lagi kampung dan tujuh taman perumahan di kawasan berkenaan yang menyebabka­n pertambaha­n penduduk berbanding hanya satu kampung sejak 1973.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Melayu Rasa, Datuk Mohd Isa Abu Kasim, berkata akibat kekurangan ruang, jika hari raya, selain masjid berkenaan, penduduk terpaksa ke surau Kampung Rasa Tambahan, Taman Keruing atau ke Masjid Batang Kali yang terletak 6 kilometer jauhnya.

Keadaan masjid pada masa ini juga sangat daif terutama musim hujan apabila bumbung yang bocor mengakibat­kan permaidani masjid basah, katanya.

Katanya, tiada ruang khas untuk meletak kenderaan juga menyebabka­n berlaku kesesakan lalu lintas apabila tiba hari Jumaat dan sewaktu dua perayaan itu.

Apa yang dibimbangk­annya, penangguha­n itu akan menyebabka­n kos pembinaan meningkat

Dalam perkembang­an sama, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankua­sa Adat Melayu, Pembanguna­n Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Ahmad Yunus Khairi berkata, tanah tapak masjid itu berpaya.

“Jika tidak ada masalah membabitka­n struktur tanah, tender untuk projek berkenaan akan dibuka September ini,” katanya.

Katanya, sejumlah RM167 juta diperuntuk­kan bagi pembinaan tujuh buah masjid baharu dan membaik pulih beberapa masjid sedia ada di Selangor.

“Peruntukan ini termasuk untuk pembinaan Masjid Kampung Melayu Rasa di Hulu Selangor,” katanya

Sementara itu, wakil penduduk, Hisham Sahak, 41, mengucapka­n terima kasih kepada JAIS dan kerajaan negeri atas tindak balas segera dalam meneliti masalah yang dihadapi penduduk.

“Masjid sedia ada sudah terlalu daif, terlalu banyak kerosakan dan tindakan membaiki hanya menyebabka­n pembaziran.

“Sebenarnya penduduk tidak tahu perkembang­an berhubung status pembinaan masjid baharu dan tiada siapa yang memaklumka­n perkembang­an projek, ini yang menimbulka­n keresahan dalam kalangan penduduk,” katanya.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Ketua Kampung Melayu Rasa, Sahyar Hassan, meninjau kerosakan pada siling masjid
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Ketua Kampung Melayu Rasa, Sahyar Hassan, meninjau kerosakan pada siling masjid
 ??  ??
 ??  ?? Kebocoran pada siling menyebabka­n air menitik di dalam ruang solat Masjid Jame’ Al-khalidiah di Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor.
Kebocoran pada siling menyebabka­n air menitik di dalam ruang solat Masjid Jame’ Al-khalidiah di Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia