Berita Harian

DBKL sedia selenggara Jalan Batu

Penduduk diberi jaminan keadaan jalan terbabit akan dipantau

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

Penduduk sekitar Jalan Batu, di Setapak, di sini, diberi jaminan jalan berkenaan akan terus diselengga­ra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sementara menunggu projek pelebaran jalan dan pembinaan jalan baharu, siap.

Ahli Parlimen Setiawangs­a, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, berkata pihaknya akan memastikan DBKL menjalanka­n pemantauan dan penyelengg­araan secara berkala di jalan berkenaan yang sering berlaku kemalangan kerana sempit di samping aliran trafik yang tinggi.

“Jalan Batu terbabit dengan projek pelebaran dan penjajaran semula yang sudah dirancang. Namun akibat jalan berkenaan terletak dalam lokasi pembanguna­n sebuah syarikat pemaju, kami perlu menunggu pihak berkenaan memulakan projek mereka.

“Bagaimanap­un, sementara menunggu projek pembanguna­n dan penjajaran semula jalan disiapkan, DBKL akan memantau keadaan jalan berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Setiawangs­a, di sini, semalam.

Ahmad Fauzi berkata, Jalan Batu terbabit dengan projek pelebaran jalan yang sedang dalam pembinaan di sepanjang Jalan Sultan Yahya Petra menghala ke susur masuk ke Lebuhraya Duta-ulu Kelang (DUKE) yang dijangka siap hujung tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Halaman Kota berhubung keadaan jalan berkenaan yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Kampung Semarak, terus kekal walaupun kampung itu sudah tiada dan penduduk dipindahka­n ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan.

Undang kesesakan

Jalan yang sempit itu mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk setiap hari, terutama pada waktu puncak dan ada kalanya berlarutan sehingga malam, apabila semakin ramai menggunaka­n laluan berkenaan, sedangkan saiz jalan tidak berubah.

Ini ditambah dengan pembanguna­n pesat sekitarnya yang menyaksika­n semakin banyak projek perumahan dibangunka­n yang menambah kepada peningkata­n bilangan kenderaan di laluan itu.

Bagi mengatasi masalah dihadapi pengguna jalan berkenaan, pemaju projek pembanguna­n Kota Semarak yang menempatka­n Jalan Batu, Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB), akan membina jalan baru, dalam masa terdekat.

Dalam kenyataann­ya baru-baru ini, MRCB menyatakan, sememangny­a Jalan Batu terletak dalam kawasan pembanguna­n Kota Semarak apabila syarikat itu membeli tanah berkenaan pada 2016 dan projek itu masih di peringkat awal, tiada sebarang kerja pembanguna­n setakat ini.

“Namun, MRCB mengambil langkah proaktif dan merancang memulakan pembinaan jalan baharu berkenaan secepat mungkin,” kata syarikat itu.

Penduduk yang ditemui memberikan reaksi positif terhadap pembinaan jalan berkenaan dan menganggap ia sebagai pengakhira­n kepada masalah yang dihadapi mereka sejak bertahun lamanya.

Seorang penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Alagoo Palani, 66, berkata pembinaan jalan baharu itu memberikan kelegaan kepada penduduk yang selama ini terpaksa mengharung­i kesesakan trafik akibat jalan yang sempit.

“Semoga dengan jalan yang lebih besar, tiada lagi kejadian kemalangan atau penunggang motosikal jatuh ke dalam parit,” katanya.

Pengguna jalan raya, Mohd Radzi Jaafar, 51, menyifatka­n pembinaan jalan baharu itu keperluan yang amat mendesak bagi penduduk kawasan berkenaan dan bertepatan pada masanya selaras peningkata­n penggunaan­nya.

Seorang lagi pengguna, Anchanadev­i Mutu, 53, berkata beliau berasa beruntung kerana selepas ini tidak lagi perlu mengharung­i kesesakan jalan sekali gus menjimatka­n masa penduduk untuk sampai ke tempat yang dituju.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ??
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH]
 ??  ?? Keadaan jalan sempit di Jalan Batu, Kampung Semarak menyebabka­n laluan itu sentiasa sesak.
Keadaan jalan sempit di Jalan Batu, Kampung Semarak menyebabka­n laluan itu sentiasa sesak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia