Berita Harian

UMNO bantu keluarga bayi OEIS Sindrom

-

Kuala Lumpur: Biro Kebajikan UMNO akan menyumbang RM10,000 serta menanggung perbelanja­an ibu bapa Mohd Rafa Mikail Syafiq sepanjang tempoh bayi itu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Samsul Anuar Nasarah, berkata usaha terbabit adalah sebahagian daripada sumbangan diberikan kepada pelbagai pihak menerusi program UMNO Bantu Rakyat.

“Kami sudah pun berhubung dengan keluarga terbabit sebelum ini dan sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai penderitaa­n yang dialami anak ini menerusi laman sosial sejak beberapa hari lalu.

“Sumbangan ini adalah daripada Presiden UMNO yang disalurkan melalui Biro Kebajikan UMNO dan berharap dapat meringanka­n beban dan penderitaa­n yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Samsul Anuar berkata, pihaknya turut berdoa dan berharap agar bayi terbabit sembuh untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

“Saya memuji keprihatin­an rakyat Malaysia dalam soal kebajikan dan berharap kita semua akan terus membantu dalam kes-kes sebegini,” katanya.

Mohd Rafa Mikail, yang baru berusia 10 bulan, dilahirkan tanpa saluran dubur atau penyakit OEIS Sindrom (omphaloche­le-exstrophy-imperforat­e anus-spinal defect) dan usus terkeluar yang dialaminya tersebar di media sosial beberapa hari lalu.

Ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mengenalpa­sti jantina, selain turut mengesan bayi terbabit mengalami masalah tulang belakang bengkok dan kaki kiri mempunyai satu tulang.

Dia dijadualka­n menjalani pembedahan menutup satu daripada lubang najis pada perutnya di HKL pada 18 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia