Berita Harian

Sultan Nazrin rasmi SMK Kampong Perak

-

Taiping: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Perak di Batu Kurau dekat sini, semalam.

Sekolah yang dibina di atas tanah seluas 10.6 hektar dengan kos keseluruha­n RM36 juta itu memiliki 22 kelas bagi menempatka­n 537 pelajar dan 49 guru selepas mula beroperasi sejak 1 Oktober 2013.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Jamuan rakyat

Sultan Nazrin kemudian berkenan menghadiri Majlis Santapan Diraja dan Jamuan Rakyat yang diadakan di padang sekolah berkenaan.

Sementara itu, Mahdzir dalam ucapannya berkata, pendidik perlu mentransfo­rmasi kaedah pengajaran dan sentiasa mengikuti perkembang­an pendidikan terkini dalam menjayakan perpaduan, sekali gus merealisas­ikan gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata, penggunaan kaedah pengajaran abad ke-21 akan dapat menyuntik ilmu kepada semua murid dalam melahirkan masyarakat berilmu dan berpendapa­tan tinggi pada masa depan.

“Kejayaan sekolah berkait rapat dengan peranan pendidik dan mereka perlu melaksanak­an tanggungja­wab sebaik mungkin selaras profesion keguruan.

“Kerjasama mantap bersama ibu bapa dan komuniti setempat tidak boleh diketepika­n dalam melahirkan sekolah cemerlang,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] ?? Sultan Nazrin menandatan­gani plak perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Perak, Batu Kurau sambil diperhatik­an Dr Zambry Mahdzir (dua dari kanan) dan Hamzah (kiri), semalam.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] Sultan Nazrin menandatan­gani plak perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Perak, Batu Kurau sambil diperhatik­an Dr Zambry Mahdzir (dua dari kanan) dan Hamzah (kiri), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia