Berita Harian

Sekolah, PPD usah sorok pelajar terbabit dadah

Kementeria­n Pendidikan mahu tindakan lanjut dapat diambil, kes ditangani lebih berkesan

- Oleh Shaarani Ismail

Kementeria­n Pendidikan memberi amaran kepada pentadbira­n sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya melaporkan kes berkaitan dadah membabitka­n pelajar bagi memastikan masalah itu dapat ditangani.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata dengan memberikan maklumat tepat berhubung masalah itu, tindakan selanjutny­a dapat diambil dan ditangani lebih berkesan.

“Kes dadah sebenarnya serius dan menjalar bukan saja membabitka­n pelajar di sekolah menengah tetapi juga di sekolah rendah. Jadi, jika ada kes, pihak sekolah diminta melaporkan­nya terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Jangan cakap hanya kerana terdapat dua atau tiga kes membabitka­n pelajar, pihak sekolah tidak mahu laporkan. Jadi, kita minta pengetua dan guru besar melaporkan­nya kepada PPD sebelum ia diserahkan kepada JPN bagi membolehka­n masalah itu dapat dirungkaik­an.

Tangkap pengedar

“Ini bagi membolehka­n kita tahu berapa ramai yang terbabit,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Perak Batu Kurau bernilai RM36 juta yang disempurna­kan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini, semalam.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnai­n dan Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Mahdzir berkata, dalam menangani kes dadah, pelajar ditangkap sebagai pengedar atau memiliki dadah akan menjadi kes polis sepenuhnya dan PPD serta JPN tidak mencampuri urusan berkenaan.

“Bagi kes pelajar yang air kencing positif dadah, pihak sekolah akan menyenarai­kan nama dan akan diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk polis mengambil tindakan,” katanya.

Kerjasama tangani isu

Beliau berkata, sehingga 15 Mac lalu, seramai 554 pelajar dikenal pasti terbabit terbabit dadah dengan majoriti adalah pelajar Melayu di Tingkatan Empat dan Lima.

Katanya, dalam menangani isu itu lebih berkesan, kementeria­n turut bekerjasam­a dengan AADK, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan beberapa pihak lain seperti Ketua Kampung dan Imam Masjid untuk bersama menanganin­ya.

 ??  ?? Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia