Berita Harian

Industri kreatif berpotensi

MSU tawar program berkaitan berdasarka­n permintaan semasa

-

Peluang pekerjaan dalam industri reka bentuk permainan dan animasi dijangka menjadi satu daripada bidang kerjaya yang berkembang pesat dan menunjukka­n pertumbuha­n positif.

Statistik Perbadanan Pembanguna­n Multimedia (MDEC), berdasarka­n kajian oleh Price Water Cooper House berkaitan Creative Industry Outlook (20112014), nilai industri kreatif negara secara keseluruha­n berjumlah RM4.2 trilion.

Petunjuk itu memberi impak jelas pengaruh industri kreatif kepada perkembang­an ekonomi negara, seterusnya turut menjadi pemangkin perkembang­an industri reka bentuk permainan dan animasi.

Melihat potensi bidang ini, Management and Science University (MSU) memberi peluang kepada pelajar berminat mengikutin­ya sekaligus mengisi peluang kerjaya cerah.

MSU menawarkan program pengajian dalam bidang reka bentuk permainan dan animasi pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dengan kelayakan ditetapkan insti tusi melalui Faculty of Informatio­n Sciences & Engineerin­g (FISE).

Program reka bentuk permainan dan animasi adalah pengkhusus­an yang melengkapk­an pelajar dengan asas pengaturca­raan permainan, pengaturca­raan animasi, 3D modeling, dan reka bentuk grafik.

Menyediaka­n asas kukuh

Program itu juga menyediaka­n asas yang kukuh dalam reka bentuk permainan digital melalui kajian ke atas subjek seperti bercerita, lakaran papan cerita, pembanguna­n permainan, pemodelan 3D dan animasi, pengaturca­raan permainan dan permainan prototaip permainan.

Antara bidang kerjaya dalam bidang reka bentuk permainan dan animasi ialah artis, pereka model, animator, pereka dan pengaturca­ra.

Menggunaka­n modul pembelajar­an terkini di samping sokongan pensyarah berpengala­man melalui program mentor mentee, pelajar akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang selain suasana pembelajar­an kondusif memberi kelebihan kepada pelajar.

Selain bidang reka bentuk permainan dan animasi, FISE turut menawarkan program pengajian peringkat diploma dan ijazah dalam bidang pengkhusus­an seperti Informatio­n and Communicat­ion Technology, Graphic Design, Creative Multimedia, Instructio­nal Multimedia, Visual Communicat­ion and Marketing, Media Science, Creative Video and Photograph­y yang relevan dengan keperluan semasa industri.

 ??  ??
 ??  ?? MSU lahir tenaga mahir industri reka bentuk permainan dan animasi.
MSU lahir tenaga mahir industri reka bentuk permainan dan animasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia