Berita Harian

Kelemahan prosedur perumahan Johor dikesan

SPRM sedia kertas cadangan penambahba­ikan elak rasuah

- Oleh S Anand Kumar anand@bh.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa kelemahan dalam sistem dan prosedur perumahan Bumiputera Johor yang mengakibat­kan berlakunya rasuah dan salah guna kuasa, baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata bagi mengatasi kelemahan itu, pihaknya kini dalam peringkat akhir menyiapkan kertas cadangan penambahba­ikan, dijangka siap dalam tempoh masa terdekat dan diserahkan kepada kerajaan negeri.

“SPRM mengenal pasti beberapa kelemahan wujud dalam sistem perumahan Bumiputera sehingga menjurus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Oleh demikian, Bahagian Pemeriksaa­n dan Perundinga­n SPRM akan mengemukak­an beberapa cadangan bagi menambahba­ik prosedur (perumahan Johor) sedia ada.

Cadangan SPRM mandatori

“Secara lazimnya cadangan diberikan SPRM ini adalah mandatori maka kerajaan negeri perlu mengikutin­ya bagi memastikan isu rasuah serta salah guna kuasa tidak berlaku lagi,” katanya.

Dzulkifli berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n majlis melafaz dan menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama sembilan EXCO Kerajaan Negeri Johor.

Majlis berlangsun­g di Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini semalam. Yang turut hadir, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias.

Elak isu rasuah

Dzulkifli berkata, SPRM juga akan mengemukak­an cadangan berkenaan kepada negeri lain bagi mengelakka­n berlakunya isu rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, SPRM tidak menolak kemungkina­n memanggil Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes pembelian hartanah oleh MARA Incorporat­ed Sdn Bhd (MARA Inc) di Australia.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu jika ada keperluan untuk berbuat demikian.

Secara lazimnya cadangan diberikan SPRM ini adalah mandatori maka kerajaan negeri perlu mengikutin­ya bagi memastikan isu rasuah serta salah guna kuasa tidak berlaku lagi ” Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjay­a SPRM

 ?? [FOTO IHSAN PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR] ?? Mohamed Khaled menyerah akuan angkat sumpah Ikrar Bebas Rasuah kepada Dzulkifli di Pejabat Menteri Besar Johor, Iskandar Puteri, semalam.
[FOTO IHSAN PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR] Mohamed Khaled menyerah akuan angkat sumpah Ikrar Bebas Rasuah kepada Dzulkifli di Pejabat Menteri Besar Johor, Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia