Berita Harian

Abd Latif letak jawatan EXCO susulan kes rasuah

-

Johor Bahru: Datuk Abd Latif Bandi melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, susulan pertuduhan kes rasuah yang dihadapiny­a.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahka­n menerima surat peletakan jawatan Abd Latif yang melepaskan semua jawatan rasmi dalam kerajaan negeri Johor.

Katanya, kerajaan negeri menghormat­i keputusan dibuat Abd Latif yang pastinya berdasarka­n penilaian terbaik untuk semua pihak, selain merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n di atas jasa dan khidmat bakti disumbangk­an Abd Latif sepanjang bertugas dengan kerajaan negeri.

Terima kasih kepada Sultan

“Saya berharap proses keadilan dapat berlangsun­g mengikut peruntukan undang-undang yang disediakan, serta mendoakan supaya segala urusan beliau selepas ini dipermudah­kan,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Terdahulu, Abd Latif yang mengumumka­n peletakan jawatannya menerusi syarikat guam, Tetuan Adzly & Co, turut menjunjung kasih ke atas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Mohamed Khaled yang memberi kepercayaa­n kepada beliau sepanjang berkhidmat sebagai anggota pentadbira­n kerajaan negeri.

Ambil tanggungja­wab

“Susulan daripada pendakwaan yang dibuat ke atas saya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam (kelmarin), saya dengan ini mengambil tanggungja­wab untuk meletak tanggungja­wab sebagai EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Dengan kesempatan ini, saya mengucapka­n terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat, rakan EXCO, masyarakat Mersing dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak yang memberi sokongan kepada saya untuk melalui proses perundanga­n ini dengan seadil-adilnya.

“Terima kasih juga atas kerjasama erat ketua jabatan dan seluruh warga kerja di bawah portfolio saya sepanjang tempoh perkhidmat­an saya. Saya memohon maaf atas segala silap salah dan kekurangan saya sepanjang kita bersama,” katanya.

 ??  ?? Abd Latif Bandi
Abd Latif Bandi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia