Berita Harian

Guna siren henti perniagaan waktu Maghrib

Peniaga pasar malam 10 daerah tertakluk peraturan

- Oleh Attirmidzi­e Rahman bhkb@bh.com.my

Siren akan dibunyikan sebaik masuk waktu Maghrib bagi menandakan arahan menutup premis perniagaan buat sementara kepada peniaga pasar malam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata apabila siren dibunyikan, peniaga perlu menghentik­an perniagaan selama 10 minit untuk menunaikan solat.

“Perkara itu sudah dipersetuj­ui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tindakan kita ialah siren akan dibunyikan sebagai arahan kepada peniaga pasar malam di 10 daerah ini untuk bersiap mengerjaka­n solat Maghrib,” katanya kepada pemberita di Bilik Mesyuarat, Kompleks Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Babitkan peniaga Islam

Abdul Fattah berkata, majoriti peniaga pasar malam adalah kaum Melayu beragama Islam, bagaimanap­un arahan ini tidak membabitka­n peniaga kaum atau agama lain.

Katanya, langkah ini bukan untuk memberi kesulitan kepada orang ramai tetapi memudahkan, serta peringatan kepada peniaga juga pengunjung beragama Islam agar tidak leka dan terlewat mengerjaka­n kewajipan mereka.

Mengulas lanjut perkara itu, Ab Fattah berkata, kerajaan negeri akan memberi pengiktira­fan kepada PBT yang mematuhi arahan menghentik­an perniagaan ketika masuk waktu Maghrib.

“Kita tidak meletakkan tempoh untuk PBT melaksanak­annya tetapi akan memberi ganjaran kepada PBT bagi pematuhan itu,” katanya.

Baru-baru ini, BH melaporkan, kerajaan Kelantan menguat kuasa peraturan peniaga pasar malam perlu menutup gerai buat sementara apabila masuknya waktu solat Maghrib.

Tindakan tegas akan diambil jika mereka ingkar dan tidak mematuhi polisi kerajaan negeri.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Abdul Fattah menunjukka­n peraturan arahan menghentik­an perniagaan ketika waktu Maghrib pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Abdul Fattah menunjukka­n peraturan arahan menghentik­an perniagaan ketika waktu Maghrib pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia