Berita Harian

Dr Lutfi guna media sosial dekati generasi muda

Duta Belia TN50 fokus ekonomi kesihatan, kesaksamaa­n

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Disenarai sebagai pencetus perubahan dalam agenda Pembanguna­n Kelestaria­n 2030 Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) dan terbaru, dinamakan dalam Forbes

30 Under 30 Asia, menjadi kelebihan kepada Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman, 30, dipilih sebagai Duta Belia Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Terharu dan gembira dengan pelantikan sebagai Duta Belia TN50, katanya beliau akan berusaha mendekati generasi muda dalam bersama membangunk­an Malaysia yang sihat dan sejahtera pada 30 tahun akan datang.

“Dalam gembira, saya berasa pelantikan ini tanggungja­wab besar yang mana kami 13 Duta Belia TN50 menjadi pemudah cara untuk mendekati orang muda bagi mengetahui aspirasi mereka untuk transforma­si negara pada 2050,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Sebagai Duta Belia TN50, beliau berperanan mendekati dan mendamping­i generasi muda bagi mendengar idea serta aspirasi golongan ini.

Duta Belia TN50 bertindak memacu dan merancakka­n lagi program dan inisiatif dirancang di bawah TN50.

Dr Mohd Lutfi Fadil yang kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Institut Penyelidik­an Sistem Kesihatan (IHSR), di Setia Alam, Shah Alam, menerima pengiktira­fan PBB dan Forbes 30 Under 30 Asia kerana inisiatifn­ya membina hospital di Kemboja bagi membantu masyarakat miskin Melayu Champa, melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Hospitals Beyond Boundaries (HBB).

Tubuh HBB

Beliau menubuhkan HBB bersama rakannya, Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah, pada 2012 sebagai menunaikan nazar selepas terlantar lebih tiga minggu di hospital akibat kecederaan sewaktu melakukan aktiviti riadah.

“Kejadian itu menyedarka­n saya bahawa hidup ini singkat dan saya tidak boleh bertangguh untuk melakukan perubahan atau berbakti kepada masyarakat.

“Kesedaran untuk terbabit dalam aktiviti kesukarela­wan timbul sewaktu menuntut di Universiti Padjadjara­n, Bandung, apabila melihat sukarelawa­n dan kerajaan negara itu berusaha bersungguh­sungguh membantu orang miskin mendapatka­n rawatan walaupun dalam serba kesusahan.

“Sejak itu saya tidak pernah berhenti dan sehingga hari ini sangat berminat dalam isu berkaitan ekonomi kesihatan dan kesaksamaa­n dalam menikmati rawatan kesihatan,” katanya.

Mengenai visi beliau untuk TN50, Dr Mohd Lutfi Fadil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif HBB berkata, orang muda perlu didengari dan mereka sebenarnya paling lantang menegur dan meluahkan rasa melalui media sosial terhadap pentadbira­n negara.

Justeru katanya, sebagai Duta Belia TN50, beliau mahu mendekati generasi muda melalui saluran media sosial selain perjumpaan terus melalui sesi dialog dan debat atau bersemuka dengan kumpulan kecil belia.

Wujud masyarakat sejahtera

“Kita perlu tekankan kepada masyarakat bahawa gunakan saluran yang tepat untuk menyalurka­n aduan, rungutan atau teguran supaya sesuatu perkara itu dapat diperbaiki dan diubah,” katanya.

Mengenai harapannya terhadap Malaysia menjelang 2050, katanya, untuk 30 tahun akan datang, Malaysia perlu melihat kepada kesaksamaa­n dalam mendapatka­n rawatan dan perkhidmat­an kesihatan dalam mewujudkan masyarakat sejahtera.

“Saya sangat berminat dalam bidang ekonomi kesihatan yang mana keutamaan saya untuk melihat semua orang tidak kira latar belakang, budaya dan taraf sosial, mendapat rawatan dan perkhidmat­an kesihatan yang baik dan saksama,” katanya.

Kita perlu tekankan kepada masyarakat bahawa gunakan saluran yang tepat untuk menyalurka­n aduan, rungutan atau teguran supaya sesuatu perkara itu dapat diperbaiki dan diubah” Dr Mohd Lutfi Fadil, Duta Belia TN50

 ??  ??
 ??  ?? Dr Mohd Lutfi ketika menerima anugerah Kesatria Terbilang daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sempena persidanga­n Pemuda UMNO di Kuala Lumpur tahun lalu.
Dr Mohd Lutfi ketika menerima anugerah Kesatria Terbilang daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sempena persidanga­n Pemuda UMNO di Kuala Lumpur tahun lalu.
 ??  ?? Dr Mohd Lutfi ketika menjadi sukarelawa­n membantu warga emas di kawasan pedalaman.
Dr Mohd Lutfi ketika menjadi sukarelawa­n membantu warga emas di kawasan pedalaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia