Berita Harian

Kena lagi 4 tahun penjara

Bekas pengarah syarikat pelaburan dituduh tipu tender

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@bh.com.my

Seorang bekas pengarah syarikat pelaburan yang sedang menjalani hukuman penjara, sekali lagi dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan menipu menerima tender daripada Kementeria­n Pertahanan untuk pembekalan baju celoreng digital tentera membabitka­n kerugian hampir RM1 juta, dua tahun lalu.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu ke atas tertuduh, Shamsuzy Mahasan, 30, selepas dia mengaku salah atas tuduhan itu.

Beliau memerintah­kan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 7 Februari lalu. Shamsuzy kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan sama membabitka­n mangsa lain dan akan dibebaskan pada 17 November 2019.

Mengikut kertas pertuduhan, Shamsuzy didakwa menipu rakan sekolahnya, Shahidatul Afifah Omar, 30, dengan memperdaya­kan mangsa bahawa syarikat tertuduh, Tenaga Kayangan Sdn Bhd mendapat tender membuat pakaian seragam celoreng daripada Kementeria­n Pertahanan dan menjanjika­n keuntungan 60 peratus daripada modal diberikan sehingga mendorong mangsa menyerahka­n wang berjumlah RM904,778.

Kerani jadi mangsa

Modal itu diserahkan secara berperingk­at kepada tertuduh dengan mangsa iaitu seorang kerani tidak akan berbuat demikian jika tidak diperdaya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah tertuduh, di No 28A Jalan Tembusu 2, Taman Impian Ehsan, antara September 2015 hingga April 2016.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan dengan sebat serta boleh didenda.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Abdul Yazaid dan tertuduh tidak diwakili peguam.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Shamsuzy dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kajang, semalam selepas mengaku salah tipu tender buat baju celoreng digital tentera babit kerugian RM1 juta, dua tahun lalu.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Shamsuzy dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kajang, semalam selepas mengaku salah tipu tender buat baju celoreng digital tentera babit kerugian RM1 juta, dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia