Berita Harian

350,000 individu jalani saringan tibi berperingk­at

Tumpuan dilakukan sejak awal tahun di kawasan berisiko tinggi

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Kesihatan menyasarka­n sekurang-kurangnya 350,000 orang menjalani saringan penyakit tuberkulos­is (tibi) atau batuk kering di seluruh negara secara berperingk­at bagi mengekang penularan penyakit itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata saringan terbabit sudah dilakukan sejak awal tahun ini dengan tumpuan diberi terhadap kawasan panas berisiko tinggi seperti di Sabah.

Katanya, setiap tahun sebanyak 23,000 kes membabitka­n penyakit tibi dilaporkan dan 13 peratus daripadany­a adalah warga asing.

Pendatang tanpa saringan

“Kebanyakan pendatang asing tanpa izin yang masuk ke negara ini melalui Sabah tidak menjalani saringan sama ada di negara mereka atau di sini.

“Sebab itu, Sabah menjadi kawasan panas dan berisiko tinggi mendapat penyakit tibi. Antara mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit ini ialah warga tua dan individu berpenyaki­t lain seperti diabetes,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Pertanding­an Kemahiran Tangan Emas Datuk Seri Dr S Subramania­m, di kementeria­nnya, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Unit Khas Program Pembanguna­n Sosio-ekonomi Masyarakat India (SEDIC) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Prof Datuk Dr NS Rajendran dan Pengerusi Pusat Latihan Kemahiran India Malaysia, Datuk Ibrahim Shah Sahul Hamid.

Dr Subramania­m turut menasihatk­an orang awam yang mengalami simptom batuk berpanjang­an selama dua minggu supaya menjalani saringan di klinik berdekatan.

“Bagi orang awam yang datang ke klinik, kita akan buat pemeriksaa­n seperti mengambil kahak untuk melihat sama ada mempunyai tanda penyakit tibi atau sebaliknya.

“Jika pihak klinik tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka akan membuat pemeriksaa­n tambahan lagi seperti imbasan sinarx,” katanya.

207 murid jalani saringan

Sementara itu, mengulas isu 11 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping dikesan menghidap tibi, Dr Subramania­m berkata, pihaknya sudah menjalanka­n saringan ke atas 207 murid di sekolah itu.

Selain itu, katanya, langkah pencegahan juga sudah diambil termasuk memastikan keadaan persekitar­an bersih dan mempunyai pengudaraa­n baik supaya penularan penyakit dapat dicegah pada masa depan.

 ??  ?? Dr S Subramania­m
Dr S Subramania­m

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia