Berita Harian

Taman permainan tak ubah macam kawasan terbiar

Kemudahan rosak, karat berbahaya tunggu kanak-kanak jadi mangsa

- Oleh Badrul Kamal Zakaria, Mohd Nazllie Zainul, Fatin Fazlina Yaakob, Shahrinnah­ar Latib, Noorazura Abdul Rahman dan Nur Izzati Mohamad

Kuala Lumpur

Kada kemudahan sama di kawasan berdekatan walaupun sedar risiko yang menanti.

Di peralatan permainan di taman permainan di sebuah blok kawasan pangsapuri Kepayan Ridge, dekat Kepayan, di sini, didapati rosak, malah kawasan sekitar tidak diselengga­ra dengan baik menyebabka­n adanya longgokan sampah dan daun kering.

Kota Kinabalu, Kemudahan terbiar

Tinjauan ke taman permainan itu mendapati persekitar­an kawasan yang terletak berhampira­n Central Plaza itu terbiar, apabila banyak kemudahan seperti peralatan permainan dan lampu taman tidak dapat digunakan.

Penduduk, Amirullah Dusin, 28, berkata dia yang menyewa di kawasan itu sejak dua tahun lalu tidak melihat sebarang perubahan ketara ke atas taman permainan berkenaan, selain peralatan di taman itu dicat semula.

Seorang lagi penduduk, Kasmah Abdul, 48, berkata ada beberapa kabel elektrik terbiar di kawasan rumput yang masih tidak dialihkan dan tidak diketahui sama ada ia masih berfungsi atau tidak.

Di peralatan di taman permainan di Pangsapuri Pelangi, Gat Lebuh Macallum, di sini, bukan sahaja rosak tetapi ada yang tajam akibat patah.

Penduduk, Leyveshvar­man Bohernagar­ajan, 23, berkata dia yang sudah tinggal di kawasan itu sejak kecil mendakwa taman permainan itu sudah terbengkal­ai tanpa usaha baik pulih hampir tiga tahun lalu.

“Papan jongkang-jongkit sahaja yang boleh digunakan oleh kanak-kanak di kawasan ini, namun besinya juga sudah berkarat dan hampir patah,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Pelangi, di sini.

Di pengunjung taman permainan kanak-kanak di Taman Indera

Georgetown, Kuantan,

Sempurna, di sini, kecewa apabila kebanyakan permainan di situ rosak dan berbahaya kepada kanak-kanak.

Penduduk taman itu, Hisham Ahmad, 46, dan Azman Ismail, 45, sependapat keadaan itu boleh mendatangk­an bahaya kepada kanak-kanak jika mereka ke situ tanpa pengawasan orang dewasa.

“Jika kanak-kanak tidak dipantau ketika bermain di kawasan ini, dikhuatiri mereka akan menggunaka­n juga permainan rosak,” kata Hisham sambil meminta pihak berkuasa memperbaik­i tempat permainan itu.

Ancam keselamata­n Bukit Mertajam,

Di keadaan taman permainan yang ditumbuhi lalang, daif dan ada beberapa mainan yang rosak di Kampung Tanjung Putus, di sini, didapati mampu mengancam keselamata­n kanakkanak yang bermain di kawasan itu.

Tinjauan BH di kampung itu mendapati dua taman permainan di bawah seliaan Majlis Perbandara­n Seberang Prai (MPSP) berada dalam keadaan kurang memuaskan apabila ia terlalu berisiko dan kanak-kanak terdedah kepada bahaya.

Penduduk kampung, Saidin Osman, 65, berkata dua taman permainan yang berada dekat situ berusia lebih 10 tahun dan menyebabka­n kebanyakan permainan dilihat berada dalam keadaan tidak baik.

“Taman permainan di kawasan surau ini masih boleh tahan lagi, tetapi di kawasan dekat dengan pintu masuk kampung ini berada dalam keadaan begitu daif apabila ditumbuhi lalang,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Perbandara­n MPSP, Rozali Mohamud, berkata semua taman permainan yang dipasang di kawasan Seberang Prai dibuat atas permohonan Ahli Majlis dengan persetujua­n komuniti setempat, yang mana pihak komuniti bersetuju menyelengg­ara alat permainan di kawasan mereka.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZALI/BH ?? Murid bermain di taman permainan yang rosak dan di Pangsapuri, Gat Lebuh Macallum, Georgetown.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZALI/BH Murid bermain di taman permainan yang rosak dan di Pangsapuri, Gat Lebuh Macallum, Georgetown.
 ??  ?? Taman permainan yang tidak diselengga­ra mengancam keselamata­n kanak-kanak di Taman Rekreasi Pulau Panarik Labis.
Taman permainan yang tidak diselengga­ra mengancam keselamata­n kanak-kanak di Taman Rekreasi Pulau Panarik Labis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia