Berita Harian

Sekali tegur, tayar motosikal pancit

-

Alor Setar: Penduduk tidak berani menegur remaja yang bermain di tiga taman permainan di kawasan Flet Taman Seri Gemilang, dekat Mergong, di sini, yang terbiar dan rosak kerana bimbang dengan tindak balas mereka.

Suri rumah Norzita Rashid, 45, berkata dia pernah menegur remaja yang bermain di situ tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah beberapa kali tayar motosikaln­ya pancit.

“Saya tidak menuduh mereka secara melulu, tetapi itulah yang berlaku. Setiap kali ada di antara kami menegur ketika mereka merosakkan taman mainan ini, pagi esok pasti tayar motosikal kami akan pancit atau hilang.

Bumbung dicabut

“Pondok berbumbung di taman mainan ini juga habis rosak. Mereka panjat ke bumbung dan buang atap. Kami hanya mampu lihat sahaja. Jika tegur nanti lain jadinya,” katanya yang menetap di situ sejak lima tahun lalu.

Ibu kepada tiga anak ini turut mencadangk­an supaya taman mainan itu dihapuskan dan dibina TADIKA baharu berikutan sebuah TADIKA di situ tidak lagi mampu menampung murid yang semakin ramai setiap tahun.

Tinjauan mendapati taman itu seolah-olah tidak berfungsi dengan pelbagai kemudahan disediakan mengalami kerosakan, malah lebih teruk tiada usaha dilakukan mana-mana pihak untuk memulihara dan membersihk­annya.

Penduduk, Raflis Fadzil, 59, mengakui aktiviti vandalisme yang tidak terkawal menjadi antara punca kerosakan pada taman permainan di kawasan itu.

“Penduduk di sini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain tanpa kawalan khususnya remaja berusia belasan tahun, sedangkan kebanyakan alatan disediakan hanya sesuai untuk kanak-kanak.

“Saya tinggal di sini sejak 2008. Kebanyakan peralatan yang rosak adalah buaian kerana ia digunakan remaja. Sikap ketika menggunaka­n kemudahan disediakan menyebabka­n ia rosak. Contohnya ada yang berdiri ketika bermain dan ada yang sengaja merentap buaian sehingga putus,” katanya ketika ditemui di flet itu.

Buang air di pekarangan surau

Seorang lagi penduduk, Ahmad Bakar, 77, berkata sejak menetap di kawasan situ pada 2006, pelbagai gelagat remaja yang menggunaka­n taman itu tanpa batas dilihat sehingga lebih teruk, ada yang sanggup melepaskan ‘hajat’ ketika melepak sehingga lewat malam.

“Paling mengecewak­an, mereka menggunaka­n surau berdekatan taman permainan ini untuk membuang air besar. Apabila pintu surau dikunci, mereka lepaskan hajat di pekarangan surau pula, ” katanya.

 ?? [FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL/BH] ?? Dua, Butterwort­h; di kawasan Kepayan Ridge, Kota Kinabalu (gambar kanan) mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
[FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL/BH] Dua, Butterwort­h; di kawasan Kepayan Ridge, Kota Kinabalu (gambar kanan) mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia