Berita Harian

Benjy ditahan di Medan, sembunyi syabu dalam dubur

Pelakon mengaku beli dadah 14 gram di Malaysia

- Oleh Safeek Affendy Razali dan Farhana Ab Rahman

Pelakon Khaeryl Benjamin atau Benjy, ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Namu, Medan, selepas didapati cuba menyeludup syabu yang disembunyi­kan dalam duburnya.

Benjy, 38, ditahan pegawai penguat kuasa kastam dan cukai, yang bertugas di lapangan terbang berkenaan ketika tiba dari Malaysia ke Medan pada malam Selasa lalu.

Ketua Bahagian Pengawasan Kastam dan Cukai, Lapangan Terbang Kuala Namu, Zaky Firmansaya­h, berkata pemeriksaa­n mendapati Benjy yang menaiki pesawat Malindo Air, didapati memiliki dadah syabu seberat 14 gram.

“Selepas diperiksa, dadah berkenaan ditemui disembunyi­kan dalam duburnya dan pelakon terbabit mengaku membeli dadah itu daripada seseorang di Kuala Lumpur.

“Hasil soal siasat, Benjy memberitah­u dia ke Medan untuk mencari rakannya bernama DJ,” katanya kepada media Detik News, semalam.

Katanya, setakat ini Benjy sudah diserahkan kepada Bahagian Antinarkot­ik Polis Daerah Sumatera Utara (Sumut) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sebelum ini, Benjy pernah ditahan dalam empat kes membabitka­n pemprosesa­n dan memiliki dadah di sekitar Lembah Klang dan Muar, Johor.

Calar reputasi Malaysia

Sementara itu, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menyifatka­n penahanan Benjy di Medan, mencalar reputasi industri hiburan tempatan.

Terkejut dengan berita penahanan itu, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya tidak dapat membantu berikutan kes itu membabitka­n undang-undang di negara asing.

“Saya kecewa apabila dimaklumka­n mengenai perkara ini. Difahamkan, ia bukan kali pertama Benjy dikaitkan dengan penyalahgu­naan dadah.

“Dalam hal ini, keluargala­h yang seharusnya memberikan sokongan dan menghulurk­an bantuan kepada pelakon terbabit kerana mereka lebih berhak. KARYAWAN tidak boleh membantu kerana ia bukan bidang kuasa kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia