Berita Harian

Ekspo kosmetik terbesar di ibu kota

Pelbagai produk kecantikan, teknologi luar negara sertai IBE 2017

- Oleh Bennie Zie Fauzi bennie@bh.com.my

Kegilaan pembeli terhadap produk kecantikan dan fesyen dari Korea Selatan mendorong lebih banyak penyertaan syarikat kecantikan dari negara itu di Internatio­nal Beauty Expo (IBE) 2017, sekali gus menyaksika­n pavilion terbesar membabitka­n 50 pempamerny­a.

Pameran dianjurkan Elite Expo Sdn Bhd, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 2 hingga 9 Mei depan disifatkan ekspo perdaganga­n kecantikan antarabang­sa paling berpengaru­h di Asia Tenggara itu umpama syurga bagi pengikut industri kecantikan negara kimchi berkenaan apabila turut didedahkan teknologi pembedahan mikro-plastik, kecantikan, rambut selain berpeluang meninjau teknologi serta formula yang menjadi rahsia kecantikan­nya.

Ketua Pegawai Elite Expo, Johnson Lim, berkata pengunjung berpeluang bersemuka bagi menjalin hubungan perdaganga­n dengan pendukung penting industri kecantikan Korea Selatan terdiri daripada industri pengeluar, pengekspor­t, pemborong, pembekal dan pengedar terkenal di negara itu.

Selain Korea Selatan, juga ada Pavilion Indonesia yang turut menarik pengunjung menerusi rangkaian kosmetik halal di samping fokus pembikinan kosmetik merangkumi bahan semula jadi, ubatan dan herba tradisiona­l.

“Lebih menarik, pengunjung berpeluang berkongsi ilmu pengetahua­n profesiona­l mengenai produk kecantikan lebih sesuai dan serasi dengan kulit Asia,” katanya kepada BH.

Kongsi maklumat

Lim berkata, Taiwan yang turut disenaraik­an antara pavilion besar kali ini bersedia membuka peluang kepada pengunjung bertemu dengan golongan profesiona­l industri kecantikan­nya untuk perkongsia­n maklumat dan pendapat secara komprehens­if.

“Kira-kira 400 syarikat terkemuka dunia mengambil bahagian, namun tiga pavilion besar ini dijangka menjadi tumpuan ramai,” katanya mengenai pameran

Katanya, IBE 2017 menyasarka­n 680 pempamer dalam dan luar negara yang berpotensi menarik kira-kira 27,000 pembeli sasaran.

Beri peluang pelajar tunjuk bakat

Genap 10 tahun penganjura­nnya, IBE 2017 tampil kelainan melalui jalinan kerjasama dengan Kementeria­n Pendidikan (Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional) bagi pertanding­an kemahiran terbarunya, IBE TVET Awards.

Penyertaan dibuka kepada pelajar kemahiran berusia 16 hingga 19 tahun membabitka­n kategori Solekan Pengantin, Flat Nail Art, 3D Nail Art dan Personal Day Make UP.

“Selain mendedahka­n pelajar kepada pertanding­an bertaraf antarabang­sa, platform ini turut memberi peluang kepada mereka menunjukka­n bakat dan kreativiti tanpa sempadan,” kata Johnson.

Menerusi kerjasama Persatuan Juruteknik Kuku dan Solekan Malaysia (MNTA), IBE mempersemb­ahkan Pertanding­an Antarabang­sa Dandanan Rambut (PADR), Solekan dan Kuku untuk penyertaan golongan profesiona­l industri.

Diilhamkan selepas kejayaan pertanding­an OMC Asia Cup pada IBE 2015, PADR didakwa menyediaka­n platform bagi kalangan profesiona­l negara saling berinterak­si dan bertukar pendapat mengenai teknik dan kemahiran. Pakar rambut kebangsaan yang juga antara juri pertanding­an, Khaljaksa Khalil atau lebih dikenali sebagai Khal menyifatka­n pertanding­an itu sebagai medan menghasilk­an generasi baharu pendandan rambut yang memiliki kepakaran antarabang­sa.

“Setakat ini, lebih 800 penyertaan diterima dan diharapkan ada antaranya menjadi pelapis untuk diketengah­kan di pertanding­an antarabang­sa di Russia pada 2019 nanti,” katanya yang menilai kemenangan dari segi keharmonia­n warna, ketepatan potongan rambut dan kekemasan.

Gimik solekan

Beliau berkata, pelbagai tarikan menunggu pengunjung IBE 2017, antaranya persembaha­n solekan warisan Malaysia dikelolaka­n Persatuan Jurusolek Artis Bumiputera Malaysia (MBMUAA) yang mengemukak­an pelbagai genre dan gimik solekan merangkumi komersial, avantgarde, futuristik dan sebagainya.

Konsep persembaha­n itu berpusat kepada kepelbagai­an budaya yang ada dalam negara yang diterjemah­kan menerusi teknik solekan berkemahir­an tinggi.

Yang turut memeriahka­n suasana, persembaha­n solekan dan dandanan rambut bertema ‘The Myth’ diilhamkan pendandan rambut tersohor tempatan, Eric Koh.

Selain mendedahka­n pelajar kepada pertanding­an bertaraf antarabang­sa, platform ini turut memberi peluang kepada mereka menunjukka­n bakat dan kreativiti tanpa sempadan” Johnson Lim, Ketua Pegawai Elite Expo

 ??  ?? Bekas Menteri Pelanconga­n, Tan Sri Ng Yen Yen menerima cenderahat­i daripada Lim pada pelancaran pameran anjuran Elite Expo, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Januari lalu.
Bekas Menteri Pelanconga­n, Tan Sri Ng Yen Yen menerima cenderahat­i daripada Lim pada pelancaran pameran anjuran Elite Expo, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Januari lalu.
 ??  ??
 ??  ?? Khal bersama kakitangan­nya di Elite Expo Sdn Bhd, Bandar Puchong Jaya.
Khal bersama kakitangan­nya di Elite Expo Sdn Bhd, Bandar Puchong Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia