Berita Harian

Didikan agama benteng remaja tolak gengsteris­me

-

Semakin negara membangun menuju status negara maju, perkembang­an remaja juga dilihat semakin maju seiring kemajuan teknologi. Pencapaian remaja dalam bidang pendidikan dan inovasi juga sangat membanggak­an sehinggaka­n mampu mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa.

Namun ada juga segelintir remaja yang tidak selari dengan kemajuan negara. Mereka terjerumus dalam masalah sosial yang boleh menghancur­kan masa depan. Peningkata­n remaja yang terbabit dengan gejala sosial dilihat semakin membimbang­kan.

Tambahan pula, kecanggiha­n teknologi masa kini menjadi punca masalah sosial remaja semakin meningkat dan tidak terhad di bandar sahaja. Lebih menyedihka­n remaja seawal 11 tahun juga terbabit dengan masalah sosial seperti merokok. Satu lagi masalah yang sering kali berlaku dalam kalangan remaja ialah gengsteris­me.

Aktiviti gengsteris­me termasuk peras ugut, buli, ponteng sekolah, melepak, merokok dan lain-lain lagi. Kebanyakan remaja yang terbabit adalah pelajar sekolah. Kebiasaann­ya, mereka melakukan kesalahan disiplin dan melanggar peraturan sekolah.

Semakin ramai ahli kumpulan, mereka akan rasa diri mereka kuat dan mampu menindas orang lain yang dianggap lemah.

Pengaruh rakan sebaya

Gengsteris­me dalam kalangan remaja bukanlah isu baru. Namun, pada era globalisas­i ini, gejala ini semakin menimbulka­n kebimbanga­n masyarakat. Antara faktor mendorong aktiviti gangsteris­me ini ialah pengaruh rakan sebaya. Remaja yang tidak mempunyai jati diri yang kuat mudah terikut dengan rakan yang mempunyai pengaruh negatif.

Selain itu, remaja kekurangan kasih sayang ibu bapa. Segelintir ibu bapa lupa akan tanggungja­wab mereka memberikan perhatian dan kasih sayang mendorong remaja bergiat aktif dalam aktiviti gengsteris­me ini. Seterusnya, pengaruh media massa. Kebanyakan filem banyak menjurus kepada masalah sosial dan aksi ganas menyebabka­n mereka terikut-ikut.

Justeru, didikan agama yang kuat sejak kecil amat penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi manusia ke arah yang lebih baik pada masa depan. Apabila remaja mengenal agamanya dengan baik dan melakukan ibadah seperti menunaikan solat, membaca al-quran dan amalan lain sejak kecil lagi, maka mereka akan terbiasa melakukan ibadah dan tingkah laku yang baik dalam kehidupan seharian sehingga dewasa.

Ibu bapa juga berperanan mencorakka­n akhlak yang baik dan membentuk jati diri yang unggul agar anak menjadi manusia yang berguna pada masa depan. Anak yang telah terdidik dengan nilai agama yang baik mampu membezakan antara perkara yang baik dan buruk.

Didikan ibu bapa

Keperibadi­an anak pada masa depan adalah bergantung kepada bagaimana cara ibu bapa mendidik dan mencorakka­n anak pada masa sekarang sama ada baik atau sebaliknya. Hal ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggun­gjawab mewarnakan dan mencorakka­nnya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi…(riwayat Bukhari dan Muslim).

Tuntasnya, masalah gengsteris­me hendaklah ditangani dengan segera agar dapat membentuk generasi bertamadun pada masa depan. Didikan agama peranan paling utama dalam menangani masalah sosial yang semakin menular dalam diri pelajar.

Remaja yang mempunyai nilai agama kuat dan pembentuka­n akhlak baik mampu menjadi benteng daripada terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti gengsteris­me.

Didikan agama yang kuat sejak kecil amat penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi manusia ke arah yang lebih baik pada masa depan”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Remaja yang mengenal agama dengan baik akan terbiasa melakukan ibadah dan memiliki tingkah laku yang baik.
[FOTO HIASAN] Remaja yang mengenal agama dengan baik akan terbiasa melakukan ibadah dan memiliki tingkah laku yang baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia