Berita Harian

Etika berpakaian kemas di IPT untuk jaga imej pelajar

-

Universiti adalah satu peringkat pendidikan paling tinggi selepas tamat pengajian pada peringkat sekolah. Sememangny­a cara hidup di universiti berbeza dengan alam persekolah­an. Jika di sekolah, pelajar akan terikat dengan peraturan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Jika dilihat dari segi pemakaian di sekolah, pelajar wajib guna seragam yang telah ditetapkan. Namun, pada peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar bebas untuk berpakaian. Bagaimanap­un, setiap universiti juga turut melaksanak­an peraturan atau tatacara berpakaian bagi setiap pelajar.

Kita sedia maklum, setiap pelajar IPT mempunyai kelebihan dari segi pendidikan. Seorang yang berpendidi­kan mempunyai sikap yang profesiona­l dan juga dikatakan sebagai golongan cerdik pandai. Pemakaian melambangk­an kematangan pelajar mengenai peraturan atau disiplin yang harus dipatuhi.

Sebagai contoh, pakaian rasmi merujuk kepada berbaju kemeja, berseluar ‘slack’, berkasut kulit warna hitam dan bertali leher bagi lelaki.

Bagi pelajar perempuan pula, pakaian formal di IPT adalah baju kurung dan berkasut. Pemakaian yang sedemikian melambangk­an etika pemakaian sopan dan kemas sesuai dengan status sebagai pelajar IPT.

Berpakaian secara formal

Pada masa sama, ada juga sebilangan pelajar suka berpakaian separa formal. Berpakaian seperti ini tidaklah salah, namun apa yang melanggar etika pemakaian ialah ramai dalam kalangan mereka yang suka memakai selipar ketika ke kelas, menunjukka­n tindakan yang tidak sopan dan melanggar peraturan yang ditetapkan.

Selain itu, masih ramai pelajar tidak menutup aurat bukan sahaja pelajar perempuan, malah pelajar lelaki juga. Bagi sebilangan pelajar perempuan, mereka suka berpakaian ketat sehingga mencolok mata, sesuatu yang tidak baik dari sudut pandangan Islam.

Mereka berpakaian sebegini di kampus, dalam kelas malah ketika bersukan, berjoging, mengadakan aktiviti dan sebagainya.

Ini menunjukka­n ada pelajar kurang menitikber­atkan soalsoal pemakaian walaupun ia melanggar etika yang ditetapkan. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai integriti tinggi, mereka haruslah bijak dalam mengurus etika pemakaian terutama ketika hendak hadir ke kuliah.

Patuhi etika berpakaian

Setiap universiti mahukan supaya pelajar mematuhi cara pemakaian yang betul, tidak kira sama ada pelajar beragama Islam atau bukan Islam. Merujuk kepada etika atau tatacara pemakaian yang dipetik melalui sebuah laman web daripada buku kod etika pemakaian Universiti Putra Malaysia (UPM):

“Kod etika pemakaian bagi pelajar UPM, mereka dikehendak­i memakai seluar panjang dan jeans adalah tidak dibenarkan. Baju mereka juga mesti berkolar. Mahasiswa tidak boleh berpakaian kemeja T yang tidak berkolar dan mana-mana baju tidak berlengan.”

Saya berpendapa­t, etika pemakaian yang ditetapkan bukanlah untuk memberi halangan kepada pelajar untuk berpakaian mengikut kehendak mereka, tetapi untuk mendidik mereka berpakaian yang sesuai dengan profesion masing-masing, sekali gus menampakka­n disiplin dalam diri mereka.

Etika pemakaian ini juga satu cara memberi kesedaran dan persediaan kepada pelajar sebelum bergerak ke alam pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia