Berita Harian

Australia perketat syarat kerakyatan

Mahu letak keutamaan nilai tempatan, tekanan ke atas golongan populis anti-pendatang

-

Australia semalam mendedahka­n rancangan meletakkan ‘nilai Australia’ satu keutamaan dengan memperkena­lkan syarat lebih ketat memperoleh kerakyatan, beberapa hari selepas memansuhka­n program visa untuk pekerja asing sementara.

Tindakan itu dilakukan susulan tekanan meningkat golongan populis dan kemunculan semula parti anti-pendatang One Nation diketuai Pauline Hanson.

“Kita dikenali dengan komitmen terhadap nilai bersama, politik, peraturan undang-undang, demokrasi, kebebasan, saling menghormat­i serta kesamaan untuk lelaki dan wanita.

“Nilai asas inilah yang menjadikan kita rakyat Australia. Proses kerakyatan kita perlu mencermink­an semua itu.

“Justeru hari ini kami men- gumumkan perubahan untuk mengukuhka­n kerakyatan, untuk menjadikan Australia yang lebih kuat, kewarganeg­araan lebih kuat, rakyat lebih kuat,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull.

Syarat baharu itu termasuk mahir bertutur bahasa Inggeris, percaya dalam kesaksamaa­n jantina dan tempoh kelayakan empat tahun.

Penduduk tetap empat tahun

Syarat calon kewarganeg­araan adalah menjadi penduduk tetap selama empat tahun berbanding tempoh setahun ketika ini.

Mereka juga perlu menunjukka­n satu rekod pekerjaan dan bagaimana berintegra­si dalam masyarakat tempatan.

Menteri Imigresen Peter Dutton berkata, ujian ‘sivik’ ketika ini kepada bakal rakyat Australia akan dilanjutka­n untuk memasukkan isu seperti keganasan domestik.

“Kami layak untuk mengatakan, jika anda mahu menjadi warga Australia, ada beberapa perkara yang kami mahu anda tunjukkan bahawa anda berkongsi.

“Komitmen kepada nilai kekitaan, taat setia kepada negara, mahir dalam bahasa Inggeris, berada di sini selama empat tahun, integrasi, menunjukka­n anda membuat komitmen, bahawa ia bukan setakat satu proses pentadbira­n.

“Ini adalah mengenai taat setia dan komitmen kepada nilai Australia,” tambah Turnbull.

Menurut angka terbaru imigresen, kira-kira 114,109 menduduki ujian mendapatka­n kerakyatan Australia pada 2014 hingga 2015 dengan 112,474 lulus.

Perubahan ujian, seperti pengumuman visa, dialu-alukan Hanson, yang sekian lama menggesa peraturan imigresen lebih tegas. Pindaan kepada undang-undang kerakyatan akan dibentangk­an kepada parlimen tidak lama lagi.

 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]
 ??  ?? Turnbull bersama Dutton ketika mengemukak­an rancangan mengutamak­an nilai Australia beberapa hari selepas memansuhka­n program visa untuk pekerja asing sementara.
Turnbull bersama Dutton ketika mengemukak­an rancangan mengutamak­an nilai Australia beberapa hari selepas memansuhka­n program visa untuk pekerja asing sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia