Berita Harian

Tugas pengganti Geun-hye cuba lembutkan tindakan Trump

-

Seoul: Penganalis­is meramalkan, tugas utama menunggu bakal Presiden Korea Selatan bulan depan adalah ‘menjinakka­n’ rakan sejawatann­ya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilihat semakin agresif terhadap Korea Utara.

Pemecatan bekas presiden Park Geunhye yang mengambil pendekatan tegas terhadap Korea Utara menyebabka­n beliau disingkir dari Rumah Biru, membuka ruang kepada AS bertindak sewenangwe­nangnya terhadap program senjata nuklear Pyongyang.

Trump sebelum ini memberitah­u pemimpinny­a, Kim Jongun supaya ‘menjaga kelakuan’ ketika pegawai AS berulang kali memberi amaran ‘semua pilihan di atas meja’ sebagai tindak balas terhadap ancaman mereka.

Ketika ini Korea Utara dikatakan sudah mencapai kemajuan dengan membangunk­an peluru berpandu mampu membawa kepala peledak nuklear ke AS dan spekulasi mengatakan kemungkina­n ia melakukan satu lagi ujian nuklear.

Ketika ini calon yang ber tanding menggantik­an tempat Geunhye, keduaduany­a pembangkan­g utama Demokratik.

Gesa Trump bertenang

Moon Jaein berdepan pencabarny­a Ahn Cheolsoo yang menggesa Trump bertenang dalam tindakanny­a. Keduaduany­a menentang sebarang serangan daripada AS.

“Ketika ini, Korea Selatan tiada presiden dan suaranya dalam isu penting keselamata­n di Semenanjun­g Korea tidak didengar.

“Namun apabila presiden berikutnya datang selepas pilihan raya 9 Mei, beliau akan menggesa Washington menyelaras bersama Seoul dalam perbincang­an seperti serangan awal ke atas Pyongyang,” kata Hong Hyunik, penyelidik kanan di Institut Sejong.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Seoul, Prof Kang Wontaek menambah, sesiapa menang, mereka akan meneruskan dialog bersama Pyongyang lebih aktif berbanding Geunhye dan berusaha meredakan retorik keras AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia